Gaji Penjawat Awam : Cara Kira Kenaikan

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Gaji Penjawat Awam : Cara Kira Kenaikan

image 2024 08 19 153532854

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Anwar Ibrahim, telah mengumumkan berita menggembirakan mengenai kenaikan gaji penjawat awam.

Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-19 yang berlangsung pada hari Jumaat lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa kenaikan gaji akan mencapai sehingga 40% dari gaji asal, tetapi jumlah sebenar akan berbeza mengikut tangga jawatan masing-masing.

Pelaksanaan kenaikan gaji ini dirancang secara berfasa.

Fasa 1 dijadualkan bermula pada 1 Disember 2024, diikuti dengan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi panduan praktikal tentang cara mengira kenaikan gaji penjawat awam, membantu mereka memahami impak perubahan ini terhadap pendapatan mereka.

Ini adalah langkah positif bagi memotivasi dan menghargai sumbangan penjawat awam dalam pembangunan negara. Teruskan membaca.

Tarikh Gaji Naik Penjawat Awam

Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penjawat awam di negara ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan pendapatan bulanan yang ketara.

Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima peningkatan pendapatan sebanyak 15 peratus.

Sementara itu, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menikmati pelarasan sebanyak 7 peratus. intipati pelarasan gaji penjawat awam

Pelarasan ini akan dilaksanakan secara berfasa:

  1. Fasa 1 akan bermula pada 1 Disember 2024, di mana pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima 8 peratus peningkatan.
  2. Fasa 2 akan bermula pada 1 Januari 2026, di mana Fasa 2 akan menyaksikan tambahan 7 peratus bagi pegawai yang sama.

Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan pekerja, tetapi juga bertujuan untuk memotivasi dan menghargai sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.

image 2024 08 19 154633595

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Kalkulator Gaji Penjawat Awam

Seiringan dengan pengumuman kenaikan kadar pendapatan penjawat awam di seluruh negara, pihak SSPA telah pun membina satu laman web rasmi yang khas untuk mengira kenaikan kadar pendapatan secara tepat.

Anda boleh membuat perkiraan anda sendiri di https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

image 2024 08 19 155643589

Cara menggunakannya adalah seperti berikut :

  1. Sila masukkan jumlah pendapatan pokok anda
    image 2024 08 19 160014360
  2. Kemudian sila pilih kumpulan mengikut jawatan anda, samada anda dari golongan Pelaksana atau pun golongan Pengurusan Profesionalimage 2024 08 19 160117033
  3. Pilih gred yang bertepatan dengan jawatan anda
    image 2024 08 19 160204433
  4. Akhir sekali tekan ‘Kira.
  5. Anda kemudian akan diberi keputusan jumlah kenaikan pendapatan anda
    Gaji Penjawat Awam : Cara Kira Kenaikan

Sekiranya anda mempunyai pendapatan pokok RM1,200 maka gaji akan bertambah kepada RM1,712 iaitu kenaikan sebanyak 42%.

Ringkasan Dari MAPPA Kali 19

  1. Mulai 1 Disember 2024, Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan dan keadilan dalam pengurusan saraan penjawat awam.
  2. Ganjaran akan diberikan secara selektif kepada kakitangan awam yang menunjukkan komitmenamanah, dan prestasi cemerlang dalam tugas mereka.
  3. Penting untuk tidak mengambil ringan soal nilai dan integriti, yang merupakan tonggak utama perkhidmatan awam.
  4. Kelayakan minimum untuk memasuki perkhidmatan awam juga akan ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setara.
  5. Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan perlunya ikhtiariltizam, dan pentadbiran baru yang berkesan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi oleh penjawat awam.
  6. Kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlangnya sepanjang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN).
  7. Pelaksanaan SSPA adalah satu langkah adil untuk penjawat awam dan bukan hanya sekadar untuk menarik minat atau sokongan para penjawat awam.
  8. Mulai 1 Januari 2025 nanti, kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di luar negara.
  9. Selain itu, sistem penilaian prestasi tahunan yang baru, dikenali sebagai MyPERFORMANCE, akan menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
  10. Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai akan berdepan tindakan tatatertib yang boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat.
  11. Kerajaan bersetuju untuk menambah baik pengurusan prestasi, tatakelakuan, dan pengurusan tatatertib bagi memastikan kenaikan pangkat dan penempatan pegawai adalah selaras dengan kompetensi bagi setiap perjawatan, memastikan individu yang tepat berada pada jawatan yang tepat.

 

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment