5 Dompet Digital Terbaik Malaysia(Edisi 2024)

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

5 Dompet Digital Terbaik Malaysia(Edisi 2024)

Di zaman serba canggih sekarang ini, e-wallet atau dompet elektronik telah menjadi salah satu alat transaksi wang yang semakin hari semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Mana tidaknya, kebanyakkan E-wallet/dompet elektronik menawarkan kemudahan dalam urusan kewangan siap anda boleh terus melabur dengan mendapat keuntungan setiap hari.

Artikel ini akan mengulas 5 E-wallet/dompet elektronik terbaik yang telah terbukti memberikan khidmat yang terbaik serta fitur-fitur inovatif yang memudahkan pengguna dalam menjalani rutin harian digital anda. Mari kita selami lebih dalam untuk mengetahui e-wallet yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

1. TOUCH ‘N GO

Touch ‘n Go merupakan dompet digital yang terawal wujud di Malaysia. Ia juga adalah yang terpaling popular dan banyak digunakan oleh rata-rata rakyat Malaysia kerana banyak peniaga-peniaga yang mendukung pembayaran melalui Touch ‘n Go. Dompet digital Touch ‘n Go boleh digunakan untuk :

  • menyimpan duit
  • sebagai bayaran kepada pihak lain
  • buat pembayaran di kedai/stor dengan mengimbas kod QR
  • bayar bil dan tambah nilai kredit telefon
  • boleh kirim wang dalam negara menggunakan DuitNow/ transaksi luar negara untuk beberapa negara tertentu melalui usaha sama bersama Alipay.
  • pelaburan ASNB dan juga unit amanah

Dan Touch ‘n Go juga mula menawarkan pelaburan mudah yang menawarkan pulangan sehingga 3.45% melalui khidmat GO Plus mereka. Daftar dompet digital Touch ‘n Go sekarang

5 Dompet Digital Terbaik Malaysia(Edisi 2024)
5 Dompet Digital Terbaik Malaysia(Edisi 2024)

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai pelaburan yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go di sini

2. BIG PAY

BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

Sudah tidak asing lagi bagi mereka yang suka untuk travel untuk menggunakan Big Pay. BigPay menjadi dompet digital pilihan kerana anda boleh mengumpulkan mata ganjaran yang boleh digunakan di AirAsia. image 2024 04 22 162539175 Anda boleh gunakan BigPay melalui aplikasi di telefon pintar anda dan juga melalui kad fizikal. Selain itu, BigPay berfungsi sama seperti dompet digital yang lain namun uniknya mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti :

  1. Pinjaman peribadi BigPay
  2. Penghantaran wang ke luar negara secara terus
  3. Belanja tanpa sempadan di seluruh dunia dengan kad BigPay

Daftar BigPay sekarang di sini. Sila gunakan kod di bawah ini ketika mendaftar untuk mendapatkan RM5 percuma dari BigPay. image 2024 04 22 164044300

Penting : Akaun BigPay hanya mampu menyimpan sehingga RM10,000 pada satu-satu masa. Jika anda ingin tambah nilai melebihi had tersebut, transaksi anda akan dibatalkan. Pihak BigPay mungkin akan membekukan atau menamatkan akaun anda sekiranya anda melebihi had yang ditetapkan.  

3. GRABPAY

Aplikasi dompet digital GrabPay membolehkan anda membuat bayaran dan mendapatkan perkhidmatan Grab dengan mudah tanpa perlu keluar dari aplikasi tersebut. Dengan GrabPay anda akan dapat :

  1. Bayar menggunakan QR di kedai, dan secara online di retailer terpilih
  2. Pesan makanan dan Grab rides
  3. Nikmati ganjaran apabila anda berbelanja
  4. Pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab di Malaysia dan dompet elektronik GrabPay membolehkan anda mengakses perkhidmatan tersebut dengan mudah.

Namun anda perlu menambah nilai dompet atau daftar kad terlebih dahulu barulah kemudiannya terus gunakan GrabPay untuk membayar perbelanjaan harian anda secara fizikal atau online, atau sebagai cara pembayaran untuk tambah nilai, pesan makanan dan banyak lagi.

Anda boleh menikmati ganjaran yang ditawarkan Grab secara berterusan apabila menggunakan dompet GrabPay. image 2024 04 22 170559979

Selain itu, anda juga boleh pindah milik baki dalam dompet ke akaun lain. Dompet digital Grab ini tersedia di beberapa negara di Asia Tenggara seperti Singapura, dan Thailand.

Sekiranya anda berada di negara  di mana Grab ada beroperasi di negara tersebut, maka anda boleh gunakan dompet Grab untuk transaksi luar negara, caj akan dikenakan sama ada oleh Grab atau pengeluar kad anda.

4. BOOST

Boost ialah dompet elektronik prabayar dengan kemudahan tambah nilai baki secara in advance untuk memudahkan perbelanjaan dalam Malaysia. Di Malaysia, kebanyakkan kedai terutamanya supermarket menerima pembayaran melalui kod QR menggunakan Boost.

Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk membayar bil dan tambah nilai kredit telefon. Jadi, dompet digital ini boleh dikatakan diterima secara meluas di dalam Malaysia.

image 2024 04 22 170841512

Antara keistimewaan dompet digital Boost adalah :

  1. menikmati ganjaran seperti cashback
  2. membeli insurans
  3. bayar bil dan buat tetapan tambah nilai akaun secara automatik supaya untuk mengelakkan baki tunai dalam akaun tidak mencukupi

5. MAE MAYBANK

image 2024 04 23 102843386

MAE merupakan perkhidmatan dompet digital yang ditawarkan oleh Maybank Berhad kepada pelanggan sedia ada. Untuk menggunakan dompet digital ini, anda kenalah terlebih dahulu membuka akaun di Maybank.

Sekiranya anda merupakan pelanggan sedia ada Maybank, anda hanya perlu memuat turun aplikasi MAE pada telefon pintar anda dan membuat pengaktifan.

Fungsi yang ditawarkan MAE antara yang terlengkap. Anda boleh menggunakannya sebagai :

image 2024 04 23 102709794

  1. Membuat pembayaran
  2. Membeli-belah secara online
  3. Menguruskan kewangan
  4. Menyemak butiran perbankan anda dan menerima kiriman wang
  5. Memohon kad kredit
  6. Membeli tiket KLIA Express secara terus
  7. Membeli tiket wayang secara terus dari aplikasi MAE

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu dan memberi manfaat kepada anda.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment