Diskaun Saman PDRM 50% Bulan Ogos Ini

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Diskaun Saman PDRM Bulan Ogos Ini

Diskaun Saman PDRM Bulan Ogos Ini
Diskaun Saman PDRM Bulan Ogos Ini

Bersempena Program Madani Rakyat Tahun 2024, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan inisiatif terbaru yang menawarkan diskaun bagi kesalahan trafik sehingga 50%.

Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dan menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya.

Program Rakyat Madani

Program yang diadakan pada bulan Ogos ini menjangkakan seramai 100,000 pengunjung yang bakal memeriahkan program sepanjang 3 hari bermula hari khamis ini.

Seperti Program Rakyat Madani yang diadakan di zon utara, para pengunjung dapat menikmati tawaran diskaun saman PDRM yang mana bertujuan membantu rakyat mengurangkan bayaran saman, tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas.

Baca Juga : Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA 2024)

image 2024 08 15 151725871

Dengan pemberian diskaun ini, PDRM berharap agar masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan berhati-hati di jalan raya.

Selain itu, orang ramai juga dapat menukar topi keledar dan al-quran lama kepada yang baharu. Rakyat juga boleh membeli jualan Madani yang menawarkan potongan harga bagi barangan keperluan harian dengan penyertaan dari lebih 100 usahawan yang terlibat dengan segmen jualan rahmah, agro, koperasi dan juga food truck.

Terdapat juga perkhidmatan kesihatan, pengagihan benih pokok, zoo haiwan, menunggang kuda, pertandingan memancing, pertandingan e-sukan,  dan juga pertandingan kereta kawalan jauh.  

image 2024 08 15 151701251

Kesalahan Layak Diskaun Saman PDRM Ogos

Kesalahan yang layak menerima diskaun saman PDRM sebanyak 50% yang diumumkan ini meliputi pelbagai jenis saman termasuk:

  1. Kesalahan lampu isyarat
  2. Memandu melebihi had laju
  3. Saman lain berkaitan lalu lintas
  4. Tempoh tawaran ini adalah terhad dan hanya diberikan dalam jangka masa tertentu yang akan diumumkan oleh PDRM dari semasa ke semasa

Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang mempunyai banyak saman yang tertunggak untuk mengambil kesempatan ini dengan segera.

Cara Membayar Saman Diskaun Saman PDRM

Untuk memanfaatkan diskaun saman PDRM ini, pengguna boleh membuat pembayaran saman melalui beberapa kaedah yang disediakan oleh PDRM:

  1. Kaunter PDRM: Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit/debit di kaunter PDRM seluruh negara.
  2. Portal dan Aplikasi MyEG: Pembayaran saman juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyEG atau aplikasi mereka.
  3. Mesin ATM Maybank: PDRM juga bekerjasama dengan Maybank untuk memudahkan pembayaran saman melalui mesin ATM mereka.

Cara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank

Cara untuk membuat pembayaran melalui mesin atm amatlah mudah.

Anda cuma perlu ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.

Sila ikut langkah seperti di bawah.

Berikut adalah cara membuat pembayaran diskaun saman PDRM melalui mesin ATM Maybank :

  1. TEKAN PAYBILLS
    image 2024 08 15 150714884
  2. TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
    image 2024 08 15 150736721
  3. TERUSKAN
    image 2024 08 15 150800144
  4. MASUK KAN NO IC
    image 2024 08 15 150813004
  5. TEKAN UTK BUAT BAYARAN
    image 2024 08 15 150830687

Penting : Sila simpan resit pembayaran saman anda sebagai rujukan di masa akan datang. image 2024 08 15 150951533

Syarat Mohon Bantuan Buku Percuma

  • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak
  • Peringkat Asasi hingga PhD di IPTA & IPTS seluruh Malaysia layak memohon
  • Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Kepentingan Keselamatan Jalan Raya

Kerajaan Madani mengharapkan program ini dapat membawa impak yang positif kepada rakyat antaranya:

  1. Pengurangan Beban Kewangan: Rakyat dapat mengurangkan beban kewangan mereka dengan membayar saman pada kadar yang lebih rendah.
  2. Pematuhan Undang-undang: Kesedaran dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya dijangka meningkat kerana insentif yang diberikan.
  3. Keselamatan Jalan Raya: Dengan lebih ramai pemandu mematuhi peraturan, keselamatan jalan raya dijangka akan bertambah baik.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut :

  1. Sila melayari laman web PDRM
  2. portal MyEG

Pastikan anda mengikuti pengumuman rasmi dari PDRM untuk mengetahui tempoh tawaran diskaun ini.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment