Diesel RM3.35/L : Siapa Je Yang Tak Terkesan?

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Diesel RM3.35/L : Siapa Je Yang Tak Terkesan?

Diesel RM3.35/L : Siapa Je Yang Tak Terkesan?
Diesel RM3.35/L : Siapa Je Yang Tak Terkesan?

Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan pengumuman dari Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan dengan kenaikan harga di negara ini. Kenaikan harga minyak diesel ini adalah kesan dari tindakan kerajaan dalam melaksanakan polisi subsidi yang baharu.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah membuat pengumuman ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk menjadikan subsidi di negara ini benar-benar sampai kepada pihak yang selayaknya dapat.

Jadi apakah makna kenaikan harga minyak ini? Apa yang terjadi adalah harga minyak akan diapungkan mengikut harga semasa pasaran. Sekiranya harga pasaran meningkat, maka harga minyak di negara kita juga akan meningkat. Namun, sekiranya harga minyak diesel di pasaran turun, maka harga yang dibayar oleh pelanggan juga akan turun.

Subsidi minyak tidaklah 100% ditarik oleh kerajaan kepada rakyat kerana kerajaan telah pun memperkenalkan satu polisi baharu iaitu subsidi bersasar yang diberi nama Sistem Kawalan Diesel Bersubsudi.

Subsidi Bersasar? Apa tu?

Sebagai sebahagian daripada inisiatif meringankan beban kewangan negara, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, yang membolehkan kenderaan logistik yang layak menggunakan ‘Fleet Card'(kad armada) untuk membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter. Ini bertujuan untuk mengurangkan impak kenaikan harga kepada pengguna.

Selain itu, SKDS 1.0 akan terus menawarkan minyak bersubsidi pada harga RM1.88 seliter untuk kenderaan pengangkutan awam darat, termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans, dan bomba.

Nelayan juga akan terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter. Untuk membantu individu yang terjejas oleh peningkatan kos bahan api, kerajaan telah memperkenalkan bantuan tunai BUDI Madani Individu. Inisiatif ini menyediakan RM200 sebulan kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian.

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi dalam menghadapi perubahan harga bahan api global. Diesel RM3.35/L : Siapa Je Yang Tak Terkesan?

Siapakah Yang Tidak Terkesan Dengan Kenaikan Harga Minyak?

Tidak dinafikan, kenaikan harga minyak diesel ini pasti akan memberi impak secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Namun terdapat golongan yang tidak terkesan langsung dengan pengenalan dasar baharu ini iaitu :

  1. Petani kecil yang berdaftar di bawah agensi Kementerian Pertanian, Kementerian Perladangan dan Komoditi
  2. Pemilik kenderaan logistik yang berkelayakan
  3. Kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah, bas ekspres, ambulans, dan bomba
  4. Nelayan
  5. Penduduk di Negeri Sabah & Sarawak

image 2024 06 10 135150421

Cara Mohon Budi Madani

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Kepada pemilik kenderaan samada secara individu ataupun syarikat, sila daftarkan diri anda ke dalam sistem BUDI MADANI untuk menikmati subsidi minyak diesel secara bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Panduan cara memohon boleh rujuk di sini : Panduan Daftar BUDI MADAN

Panduan cara memohon bantuan RM200 petani dan peladang : Panduan Daftar GeoAgro

 

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif Budi Madani tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

Inisiatif Budi Madani dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

Seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan Budi Madani yang pertama bermula 10 Jun 2024.

Individu yang memohon Budi Madani pada Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan tersebut dan seterusnya, manakala bagi mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan ini, akan layak menerima bantuan pada bulan seterusnya.

Kerajaan positif dengan bantuan RM200 ini dapat menampung 80% beban penggunaan individu berdasarkan data bagi mereka yang memandu 75km hingga 100km sehari.

image 2024 06 10 135935187

    Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

    PERINGATAN :

    1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
    2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

    Leave a Comment