Isi Kandungan
Daftar Mykasih : Bantuan RM450 Sebulan – Mohon Sekarang
Kerajaan ada memberi kemudahan kewangan kepada rakyat Malaysia yang tergolong dalam B40. Selain bantuan Sumbangan Tunai Rahmah(STR) yang diberikan, Mykasih juga merupakan insiatif kerajaan untuk rakyat dalam mendepani kekangan kewangan.
Daftar Mykasih bagi mereka yang layak.
Gunakan bantuan ini dengan sebaiknya kerana telah menjadi fokus utama kerajaan untuk mengeluarkan rakyat susah dari belenggu kemiskinan.
Jom semak di bawah cara daftar Mykasih!
Bantuan MyKasih 2024
Bantuan MyKasih adalah satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban hidup golongan B40 yang berpendapatan rendah.
Menerusi bantuan ini, pelbagai bentuk bantuan tunai disalurkan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas mereka.
Jumlah Bantuan MyKasih 2024
Untuk tahun 2024, bantuan MyKasih yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan B40 telah diselaraskan seperti berikut:
- Bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah: Sebanyak RM150 sebulan (RM100 + RM50)
- Bantuan Kehidupan Sejahtera: Sebanyak RM300 sebulan
Ini secara langsung menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada mereka yang layak adalah sebanyak RM450 sebulan.
Kaedah Bayaran Bantuan MyKasih
Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan untuk menyalurkan bantuan MyKasih kepada penerima B40:
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (RM150):
- Pembayaran dilakukan secara tanpa tunai melalui Akaun Kad Pengenalan.
- Bantuan Kehidupan Sejahtera (RM300):
- Pembayaran juga dilakukan secara tanpa tunai melalui Akaun Selangkah.
Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300
Bagi penerima yang bermastautin Semenanjung Malaysia, bantuan MyKasih akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan MyKasih akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Syarat Layak Bantuan MyKasih
Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah:
- Merupakan warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Layak dan lulus sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Cara Daftar MyKasih 2024
Untuk daftar Mykasih anda cuma perlu menjadi layak sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah)STR).
Ini kerana bantuan MyKasih akan dibayar secara automatik kepada mereka yang layak(rujuk syarat di atas) tanpa perlu daftar khas untuk bantuan MyKasih.
Penerima hanya perlu membuat semakan di laman web rasmi MyKasih.
Cara Semak MyKasih
Sila layari laman web rasmi MyKasih di : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda di dalam kotak yang tertera.
Kemudian tekan ‘Semak Status’. Sekiranya layak, anda akan mendapat status seperti di gambar di bawah ini :
Penambahbaik Bantuan MyKasih Tahun 2024
Kerajaan telah memperluaskan penerima yang layak untuk bantuan MyKasih merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar sahaja.
Selain itu, kadar bantuan untuk isi rumah bagi penerima MyKasih telah dinaikkan sebanyak dua kali ganda iaitu RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023.
Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600 Dalam masa yang sama, kerajaan juga telahpun mengambil langkah untuk mendengar maklum balas penerima iaitu penggunaan kredit program MyKasih diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Maklumat Lanjut Mengenai Syarat & Cara Daftar Mykasih, Daftar STR
- Maklumat lanjut mengenai mykasih boleh layari laman web di
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan mykasih di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.