Isi Kandungan
Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online
Bagi memudahkan rakyat Malaysia, kini orang ramai boleh membuat semakan pembayaran yang tertunggak di JPJ/polis dengan lebih mudah dan efisien melalui atas talian serta SMS.
Dalam zaman yang serba maju dan yang semakin canggih ini, proses semakan lebih memudahkan kita, di mana kini kita boleh membuat secara dalam talian (online).
Di bawah ini adalah panduan langkah demi langkah untuk menyemak kesalahan serta pembayaran kita yang tertunggak di JPJ, PDRM, AES, Trafik dengan menggunakan cara online dan SMS :
Semakan Saman Melalui Aplikasi dan Laman Web
Untuk membuat semakan di PDRM, bolehlah layari: https://mybayar.rmp.gov.my/en
Anda juga boleh terus memasang aplikasi MYbayar saman di telefon pintar anda. Berikut adalah pautan untuk Anroid dan iOS.
- Klik di sini untuk muat turun peranti Android
- Klik di sini untuk muat turun peranti Apple/ iOS
Cara semakan JPJ , PDRM, AES
Sebagai alternatif lain untuk semakan, anda juga boleh membuat semakan pada pautan-pautan di bawah ini, namun anda perlu untuk membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran saman.
Sila klik pada link dibawah untuk membuat pendaftaran dan juga pembayaran :
Cara semak saman JPJ DAN PDRM Melalui SMS
Sekiranya anda ingin membuat semakan melalui SMS, ataupun menghadapi kesukaran untuk mengakses laman semakan yang tertera di atas, bolehlah cuba membuat semakan melalui SMS.
Cara semak saman JPJ melalui SMS adalah seperti berikut:
- Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan>
- hantar ke 15888
contoh : JPJ SAMAN 910611111111 atau JPJ SAMAN ABC2345P
Cara semak saman Polis melalui SMS adalah seperti berikut:
- Taip POLIS <jarak>No ic ataupun no kad pengenalan hantar ke 32728
BACA JUGA ======== Jawatan Kosong APMM : Kelayakan Minima SPM Ambilan Mei 2024
Waktu Terbaik Untuk Membuat Pembayaran
Waktu terbaik untuk membuat pembayaran adalah membayar pada hari atau minggu anda dikompaun sekiranya anda mampu. Namun, pihak Polis/JPJ akan membuat pengampunan berbentuk promosi pengurangan sehingga 50% pada setiap tahun.
Kebiasaannya pengurangan dibuat pada tarikh hari-hari besar peringkat kebangsaan seperti Hari Polis Negara, Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia. Pada tahun ini, pihak Polis telah membuat pengurangan 50% kepada kesalahan-kesalahan yang terpilih pada 1-4 Februari.
Pastikan anda mengikuti berita-berita penting dari kami untuk mendapat makluman awal mengenai perkara ini. Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.