Cara Mudah Daftar PADU. 3 Tips Pendaftaran Exclusive Disini !

Kongsi Artikel Ini

Peringatan : Laman web ini hanya memaparkan cara daftar PADU dan tidak mengumpulkan sebarang data dan maklumat. 

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) merupakan platform pendaftaran yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menghalusi kelayakan dan pembahagian bantuan serta subsidi. Kini, proses pendaftaran bagi PADU telah dibuka.

PADU diwujudkan untuk menghapuskan pengkelasan kategori B40, M40, dan T20 yang selama ini digunakan dalam penilaian kelayakan. Label-label ini sebelum ini dikritik kerana tidak sepenuhnya menggambarkan status kehidupan seseorang dengan tepat. Misalnya, tidak mengambarkan keadaan kemiskinan bandar atau komitmen keluarga yang besar.



Sementara itu, tujuan utama kerajaan adalah untuk memastikan bahawa golongan yang benar-benar memerlukan bantuan mendapat akses kepada subsidi yang disediakan. Kerajaan berazam untuk mengelakkan golongan “super kaya” dari menikmati subsidi yang sepatutnya diperuntukkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Untuk melihat panduan daftar PADU, teruskan membaca.

Cara Daftar PADU

Untuk mendaftar di PADU, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut, pastikan anda melihat beberapa tips yang dikongsikan sebelum memulakan pendaftaran :

1. Pergi ke laman web rasmi PADU yang telah disediakan (klik disini)

daftar padu

2. Anda perlu mengisi maklumat asas yang diperlukan seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon.

daftar padu

3. Kod OTP akan dihantarkan kepada anda menggunakan nombor telefon yang disertakan. Masukkan Kod OTP ke ruangan yang disediakan.




daftar padu

4.  Setelah selesai, anda perlu menetapkan kata laluan bagi akaun. Kata laluan anda harus menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan.

daftar padu

5. Proses yang seterusnya adalah Pengesahan Identiti. Pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengenalan untuk bahagian depan dan belakang serta berswafoto. Pastikan gambar kad pengenalan dan swafoto adalah sama bagi memudahkan sistem PADU membuat pengesahan.

daftar padu

6. Bagi proses mengambil gambar Mykad, anda perlu mematuhi panduan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan kepada pendaftaran.

daftar padu

7. Setelah proses pengesahan selesai, Anda perlu log masuk ke laman sesawang yang berkaitan dan menyempurnakan proses pengemaskinian maklumat peribadi. Anda perlu mengemaskini maklumat termasuk butiran isi rumah, alamat terkini, maklumat pekerjaan, jarak dari tempat tinggal ke tempat kerja, komitmen bulanan, pendapatan, sumber pendapatan lain, serta sebarang bantuan yang sudah diterima.

daftar padu

MENARIK DI TRIVIAMY.COM :

Tips Daftar PADU

Disini dikongsikan 3 tips untuk pengguna yang ingin mendaftar bagi platform PADU :


TIPS PERTAMA – Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang aktif bagi tujuan penerimaan Kod OTP

TIPS KEDUA – Kata laluan anda harus menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh kata laluan :

abcdeFGHIJ20!

@ABCDEfghij24

20@abcdeFGHIJ

TIPS KETIGA – Sekiranya anda menggunakan cermin mata, lebih baik berswafoto tanpanya bagi memudahkan pengesanan pada sistem PADU

PADU bertujuan untuk memberi laluan kepada sistem penilaian kelayakan yang lebih telus dan tepat untuk memastikan bantuan dan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga artikel perkongsian panduan daftar PADU ini memberikan kemudahan untuk anda semua.

Sumber : PADU

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

 

 

 

Leave a Comment