Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel

image 2024 06 11 164054951

Kerajaan Malaysia telah membuat satu dasar baharu mengenai harga diesel dalam negara kita sebagai usaha Kerajaan untuk memperkasa pengurusan belanjawan negara serta sumber bahan api.

Antara langkah yang telah dibuat adalah Kerajaan Malaysia telah melancarkan sistem Mysubsidi Diesel. Sistem ini direka untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan diesel bersubsidi, dengan memastikan hanya kenderaan yang berdaftar dan dilengkapi dengan ‘Fleet Card’ yang akan menerima bantuan subsidi ini.

Ini merupakan langkah proaktif untuk memantau penggunaan diesel dan menghindari sebarang bentuk ketirisan. Selain itu, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) juga telah diperkenalkan khusus untuk sektor pengangkutan darat.

Melalui penggunaan ‘Fleet Card’, kerajaan menegaskan bahawa program subsidi diesel akan terus berjalan, namun dengan pengawasan yang lebih ketat demi memastikan hanya penerima yang layak sahaja mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Langkah ini diharapkan dapat memastikan penggunaan dana negara serta sumber bahan api yang lebih adil dan berhemat.

Apa itu bantuan My Subsidi Diesel?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan sebuah portal baru, Mysubsidi Diesel, yang bertujuan untuk memudahkan proses permohonan subsidi diesel bagi individu dan syarikat.

Portal ini dibina dengan tujuan dapat mempercepatkan urusan permohonan dan pengurusan berkaitan minyak diesel, serta meningkatkan kecekapan dalam pengedaran subsidi.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodernisasikan perkhidmatan kepada rakyat dan meningkatkan ketelusan kerajaan dalam pengagihan bantuan kepada rakyat.

image 2024 06 11 164459680

Bantuan Subsidi Diberhentikan Pada Tahun 2024?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah menafikan dakwaan yang telah tular di media sosial mengenai pembatalan subsidi diesel pada tahun 2024.

Menurut laporan terkini oleh akhbar Kosmo, pihak KPDN telah memberikan penjelasan rasmi yang menegaskan bahawa tiada keputusan yang telah dibuat berkaitan dengan pembatalan subsidi tersebut.

Pihak KPDN juga menyeru orang ramai untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sah dan tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial.

KPDN komited untuk memastikan kestabilan harga dan bekalan diesel untuk mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna.

image 2024 05 16 123231612
Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel 9

Syarat Kelayakan Bantuan MySubsidi Diesel 2024

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Untuk membuat permohonan melalui Mysubsidi terdapat beberapa syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan oleh pihak KPDNHEP.

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Mysubsidi diesel yang ditetapkan oleh KPDN:

  1. Mestilah permohonan dibuat oleh pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Hanya kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
  4. Bagi syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap serta tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
    • Bagi semakan syarat kelayakan yang lebih lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi KPDN Mysubsidi diesel.

 

Jenis Kenderaan Layak Bantuan MySubsidi Diesel 2024

Terdapat sebanyak 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima bantuan subsidi dari kerajaan Malaysia. Berikut merupakan 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima subsidi diesel:

  1. Bas Sekolah
  2. Teksi
  3. Bas Ekspres
  4. Van Mayat
  5. Bas Berhenti-henti
  6. Lori Mayat
  7. Bas Mini
  8. Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  9. Bas Pengantara
  10. Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  11. Kereta Sewa
  12. Dan lain-lain sila rujuk gambar rajah di bawah

Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel

Cara Mohon Online Bantuan My Subsidi Diesel 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa permohonan untuk kelulusan pembelian diesel bersubsidi kini boleh dilakukan menggunakan kaedah ‘Multiple Fleetcard’.

Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan proses permohonan bagi syarikat-syarikat yang baru mendaftar. Selain itu, proses pertukaran syarikat minyak dan pendaftaran kenderaan juga telah dipermudah dengan pengenalan sistem permohonan online.

Individu atau syarikat yang berminat boleh membuat permohonan melalui portal Mysubsidi diesel. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dan mempercepat proses kelulusan pembelian diesel bersubsidi.

Ini caranya memohon secara online :

  1. Untuk membuat permohonan boleh layari laman Mysubsidi Diesel.
  2. Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar akaun baharu terlebih dahulu, kemudian log masuk.
  3. Untuk membuat permohonan anda boleh merujuk pada manual pengguna yang telah disediakan.
  4. Selepas anda mengikuti cara dan kaedah yang betul, anda boleh membuat pengesahan dengan segera.

Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel

Anda juga boleh memuat turun PDF Panduan Permohonan Bantuan yang dikeluarkan sendiri dari pihak KPDN di bawah ini

Panduan Permohonan My Subsidi 2024

 

Cara Mohon MySubsidi Diesel (Skid Tank)

Kenderaan yang termasuk dalam Skid Tank adalah :

  1. Bas Pengantara
  2. Bas Henti-Henti
  3. Bas Sekolah
  4. Bas Mini
  5. Bas Ekspress

image 2024 05 16 130635354
Cara Mohon MySubsidi Bagi Pemilik Kenderaan Diesel 10

Untuk permohonan subsidi diesel bagi skid tank adalah terdapat dua jenis kategori. Berikut adalah cara buat permohonan subsidi bagi jenis kenderaan skid tank :

Sektor Pengankutan Darat

  1. Pemohon hendaklah memiliki skid-tank yang diluluskan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna di negeri atau daerah yang berkenaan.
  2. Permohonan adalah melalui penghantaran borang yang tertera pada alamat dibawah.
  3. Berikut adalah borang serta senarai semak yang perlu digunakan:
    • Borang KSD-1
    • Senarai semak (Pengangkutan Darat)

Sektor Pengangkutan Sungai

  1. Sekiranya pemilik-pemilik bot penumpang sungai memohon kemudahan Mysubsidi diesel melalui pihak ketiga, pemilik bot penumpang sungai berkenaan hendaklah menandatangani surat akuan pemilik bot penumpang sungai yang membenarkan pihak ketiga untuk memohon bantuan subsidi ini bagi pihak mereka.
  2. Borang serta senarai semak yang perlu digunakan.
    • Borang KSD-2
    • Senarai Semak (Bot Penumpang Sungai)

Selepas selesai melengkap borang yang diperlukan serta senarai semak, anda boleh menghantar permohonan ke alamat tertera dibawah:

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 2 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Maklumat Lanjut MySubsidi Diesel 2024

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai bantuan ini sila hubungi nombor di bawah :

Bilik Subsidi Fleetcard :
Tel : 03-8882 6311
Tel : 03-8882 6758
Tel : 03-8882 6917

Datin Sri Wan Rosliza Binti Abdul Rashid
Tel: 03-88826434
Emel : [email protected]

    Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

    PERINGATAN :

    1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
    2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

    Leave a Comment