Isi Kandungan
Cara Mohon Bantuan Warga Emas 2.0 RM150
Kerajaan telah pun mengenalkan bantuan warga emas khusus untuk rakyat negeri Selangor yang diberi nama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bermula tahun 2021 lagi. Namun, bermula dari tahun 2023, jumlah bantuan yang diberikan telah pun dinaikkan dari RM100 kepada Rm150 seorang.
Semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2023 oleh Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Seri Amiruddin Shari menjelaskan sebanyak 37.5 juta dana telah diperuntukkan kepada warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Melalui program ini ahli SMUE bakal menikmati manfaat baucer beli belah RM150.00 pada bulan kelahiran mereka setiap tahun.
Rakyat yang layak untuk mendaftar skim ini akan menjadi ahli SMUE, yang mana bakal menerima 2 jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 150 dan juga khairat kematian bernilai RM 500.
Teruskan membaca untuk mendapatkan info yang penuh mengenai bantuan ini.
Apa itu bantuan warga emas Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
SMUE adalah bantuan yang diberikan secara baucar dan juga tunai. RM150 akan diberikan dalam bentuk voucher untuk membeli belah di pasaraya yang terpilih, dan RM500 akan diberikan dari kerajaan Negeri Selangor untuk urusan Khairat Kematian.
Syarat Layak Dapat Bantuan Warga Emas RM150
Berikut adalah senarai mereka yang layak menerima bantuan baucar beli belah RM150
- Warga Emas berusia 60 dan ke atas
- Warga Orang Kurang Upaya (OKU) (Tidak terlaktuk umur)
- Kedua-dua golongan di atas layak sekiranya berdaftar menerusi program SMUE di bawah Yayasan Wawasan Selangor
BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat bermula:
- 1 Januari 2024
Syarat Permohonan Bantuan Warga Emas SMUE RM150
Antara syarat permohonan baucar beli belah RM150 atau ahli SMUE ini bagi warga emas adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
- Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja)
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas Skim Mesra Usia Emas(SMUE)
- Permohonan bantuan warga emas SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di e-mesra.yawas.my.
- Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
- Permohonan bantuan warga emas yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
- Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
- Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
- Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS
Sila download dokumen borang pendaftaran di bawah ini : Link dokumen
Cara Semak Ahli & Penebusan Baucar Beli Belah
Jika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa di bawah skim ini, sila buat semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui link di bawah:
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu untuk mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh dimuatturun di laman web tersebut atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.
Bantuan Khairat Kematian Warga Emas
Bantuan Khairat Kematian yang diperuntukkan oleh kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM500. Secara tidak langsung menjadikan jumlah bantuan warga emas adalah sebanyak RM 650.
Berikut adalah merupakan syarat mendapatkan bantuan khairat kematian :
- Tuntutan kematian mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
- Tuntutan yang dibuat lambat dari tempoh yang ditetapkan adalah terbatal
- Bantuan akan diberikan kepada waris melalui wang tunai ke akaun bank ataupun serahan
- Sekiranya si mati belum mendaftar, makan waris boleh mendaftarkan dengan syarat sebelum tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanju mengenai perkara semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang yang berikut :
atau
sila hubungi YAWAS Careline di : talian 03-5481 8800 atau
E-mel kepada :
Alamat:
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
Facebook : Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). Terdapat beberapa program bantuan yang telah di kendalikan oleh YAWAS, antaranya:
- 1) Iltizam Anak Selangor (i-Anas) – https://anas.yawas.com.my/
- 2) Program Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) – https://asuhpintar.yawas.my/web/
- 3) Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska Anak Selangor Anak Kita (PINTAS) – https://pintas.yawas.com.my/
- 4) Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) – https://tunas.yawas.my/web/
- 5) Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) – https://www.anisselangor.com/bantuananis
- 6) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) – https://e-mesra.yawas.my/mesra/
Untuk keterangan lanjut berkenaan program-program di bawah YAWAS boleh saya tekan link di setiap program yang telah disediakan seperti di atas atau boleh sahaja ke lawan sesawang YAWAS https://yawas.com.my/
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.