Isi Kandungan
Cara Mohon Bantuan RM300 Anak Kebangsaan
Program Anak Kebanggaan merupakan sebuah program inisiatif yang dubuat oleh kerajaan negeri Pahang yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga di negeri tersebut melalui pemberian bantuan kewangan dan barang keperluan bagi bayi yang baru lahir. Sejak tahun 2023, kerajaan negeri telah meningkatkan jumlah sumbangan yang diberikan melalui program ini menjadi RM300 untuk setiap kelahiran bayi yang memenuhi syarat.
Objektif Bantuan RM300 Anak Kebangsaan
Bantuan Anak Kebangsaan ini dijalankan adalah untuk memberikan dorongan kepada keluarga yang baru menyambut kehadiran anak, membantu meringankan beban kewangan serta menyediakan simpanan awal untuk keperluan masa depan bayi. Selain, sumbangan berbentuk tunai RM300 ini juga bertujuan untuk menunjangi keperluan penjagaan bayi dan ibu ketika masih dalam tempoh berpantang.
Kadar Bantuan Anak Kebangsaan
Kerajaan Negeri Pahang mebahagikan sumbangan ini dalam tiga komponen utama bagi memberikan manfaat yang komprehensif kepada penerima:
- RM50 dalam bentuk barangan keperluan bayi.
- RM100 disalurkan sebagai simpanan akaun NURI melalui Bank Rakyat, bertujuan untuk membantu dalam simpanan kewangan bayi.
- RM150 diberikan dalam bentuk Gold Bar sebagai nilai simpanan masa depan.
Syarat Kelayakan Bantuan RM300 Anak Kebangsaan
BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024
Untuk layak menerima bantuan ini, beberapa syarat perlu dipatuhi:
- Bayi mestilah dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
- Mesti dilahirkan di negeri Pahang
- Bayi dilahirkan pada tahun 2023
Cara Memohon Bantuan Program Anak Kebanggaan Pahang
Ibu bapa atau penjaga yang layak boleh membuat pendaftaran untuk bantuan ini secara atas talian. Proses permohonan dan pendaftaran dibuat mudah melalui platform digital, membolehkan penerima menyertai program ini dengan lebih cepat dan efisien. Untuk mendaftar, anda boleh mengikuti langkah berikut:
- Akses laman web rasmi pendaftaran melalui eRakyat Pahang.
- Ikuti arahan dan isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.
Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023) ini adalah sebahagian dari upaya kerajaan negeri Pahang untuk membantu menyediakan permulaan yang baik untuk bayi-bayi yang lahir di negeri tersebut, merangkumi segi kewangan, kesihatan, dan pembesaran anak-anak di Pahang. Inisiatif seperti ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan warganya, terutamanya dalam memberi dukungan kepada keluarga-keluarga baru dan bayi mereka.
Cara Daftar eRakyat Pahang
Sila ke laman rasmi eRakyat Pahang Kemudian klik pada ‘Permohonan Permata Makmur’ Sila isikan maklumat yang diminta dengan tepat dan teliti. Setelah itu, klik pada hantar.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan dan permasalahan mengenai Bantuan RM300 Anak Kebangsaan sila hubungi : Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang di Talian 09-512 4043 ataupun 09-512 4039
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.