Cara Mohon Bantuan Bulanan My50

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Cara Mohon Bantuan Bulanan My50

Cara Mohon Bantuan Bulanan My50
Cara Mohon Bantuan Bulanan My50
Bantuan Bulanan My50 akan meneruskan lagi pada tahun 2024. Bantuan ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada seluruh rakyat malaysia tanpa mengira had umur, latar belakang dan juga pendapatan bulanan. Bantuan My50 adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pihak Prasarana Malaysia Berhad. Untuk makluman, bantuan ini sudah pun diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi demi meringankan bebanan rakyat.

Bantuan Bulanan My50

Bantuan Bulanan My50 merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang diusahasama dengan Prasarana dengan tujuan memberi akses kepada semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan tanpa had selama sebulan. Pengguna dapat menggunakan selama 30 hari tanpa had perkhidmata Rapid KL, LRT, MRT, Monorail, BRT dan juga bas Rapid KL di kawasan sekitar Lembah Klang. Pas ini bukan hanya boleh digunakan di sekitar Lembah Klang sahaja, namun ia juga dapat digunakan di Pulau Pinang yang diberi nama My50 Mutiara. Pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk bas Rapid Penang.

Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan My50

Bantuan bulan My50 ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia yang mempunya MyKad ataupun MyTentera tanpa mengira had umur dan juga pendapatan.

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Cara Memohon Bantuan Bulanan My50

Dokumen yang diperlukan adalah :
  1. Kad Pengenalan(MyKad / MyTentera) yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go
Anda boleh mendaftar kad pengenalan anda untuk pas bulanan My50 di : image 2024 07 02 154409496
  1. Semua stesen LRT
  2. Semua stesen Monorel
  3. Semua stesen BRT
  4. Hub Bas Rapid KL tertentu : – Pasar Seni – Chow Kit – KLCC – Sri Nilam – Pearl Point – Sunway Pyramid – Greedwood
  5. Kiosk Rapid Penang tertentu : – Komtar – Weld Quay – Penang Central – Bukit Jambul – Ibu Pejabat Rapid – Lorong Kulit Penang – Kompleks Dat’ Kailan – Balik Pulau – Bukit Mertajam
  image 2024 07 02 153720621 image 2024 07 02 153734622

Cara Membeli My50

Cara membeli pas bantuan bulanan My50
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan anda ke kaunter perkhidmatan pelanggan rapid kl atau hub tertentu yang sudah disebutkan diatas.
  • bawa bersama anda duit tunai RM60 untuk menambah nilai duit di dalam kad pengenalan anda
  • caj RM0.50 dikenakan sebagai yuran tambah nilai
  • Baki tidak akan ditolak selepas anda menaktifkan pas anda sehinggalah anda menggunakannya di pintu bas
  • anda juga boleh memohon pembaharuan secara automatik di mana-mana pejabat perkhidmatan pelanggan yang terpilih
Anda juga boleh membeli secara atas talian. Hanya perlu memuat turun aplikasi MyRapid Pulse dan melakukan pembayaran menerusi aplikasi tersebut. image 2024 07 02 153759200 image 2024 07 02 153810889   Muat turun aplikasi My Rapid Pulse di sini :
  1. App Store(Apple)
  2. Play Store(Android)
 

Prasarana rancang guna sistem pembayaran terbuka semua perkhidmatan pengangkutan awam

Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Foto NSTP. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedang merancang untuk melaksanakan Sistem Pembayaran Terbuka bagi seluruh rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas termasuk di bawah kendalian Rapid Bus di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pembangunan sistem berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2024 hingga 2026. “Apabila selesai dilaksanakan, bayaran melalui Touch N Go, kad debit atau kredit akan dapat digunakan,” katanya dalam jawapan lisan di Parlimen semalam. Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu adakah bas Rapid Penang akan menggunakan cara pembayaran selain daripada tunai, seperti Touch N Go, kad debit atau kredit berikutan ketika ini hanya dibenarkan menggunakan tunai yang agak ketinggalan dan menyukarkan pelancong. “Pas Mutiara My50 berkenaan diberi subsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. “Pengguna hanya dikenakan bayaran RM10 untuk penggunaan kali pertama dan menikmati perjalanan tanpa had di esemua laluan bas Rapid Penang selama 30 hari berturut-turut secara percuma,” katanya. Sumber : Berita Harian

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan pas bulanan My50 boleh hubungi : +603-7885 2585(PRASARANA) atau email ke [email protected]  

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment