Isi Kandungan
Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling umum dihadapi masyarakat zaman sekarang ini. Tidak kira anda berumur awal 20an dan 30an, penyakit kita sangat kerap dihadapi akibat cara kehidupan yang stress.
Keadaan ini tidak hanya memberi kesan pada kesihatan jantung, tetapi juga dapat meningkatkan risiko berbagai penyakit serius lainnya, seperti stroke dan kegagalan buah pinggang.
Namun, dengan mengubah gaya hidup yang sihat, tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Artikel ini akan membahas berbagai cara efektif yang dapat anda terapkan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan maklumat yang betul serta keazaman diri anda untuk menjalani hidup yang lebih sihat, anda dapat mengambil langkah pertama untuk mengatasi penyakit darah tinggi dan meningkatkan kualiti hidup.
Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Segera(5 Minit)
Terdapat beberapa cara untuk turunkan darah tinggi dengan yang anda boleh buat sendiri di rumah tanpa mengambil ubat :
- Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan, kemudian tenangkan fikiran anda. Stress dan rasa cemas/gemuruh boleh membuatkan darah tinggi meningkat. Anda juga boleh pelajari teknik senaman pernafasan untuk memperlahankan kadar degupan jantung.
- Minum air kosong kerana dehidrasi boleh menyebabkan darah anda menjadi pekat dan seterusnya tekanan darah boleh meningkat.
- Lakukan aktiviti fizikal seperti regangan(stretching) atau berjalan sekurang-kurangnya 5 minit apabila anda merasa tekanan darah tinggi. Anda juga sangat digalakkan untuk lakukan senaman secara kerap untuk kawal tekanan darah.
- Dengar musik yang perlahan dan menenangkan emosi anda. Hayati musik yang anda dengar dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa.
- Urutan pada poin tekanan seperti atas telinga dan kepala anda dapat menurunkan tekanan darah.
Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Semulajadi
Tekanan darah perlu dalam keadaan yang normal dalam kebanyakkan masa hal ini kerana tekanan darah tinggi yang berterusan dapat mengundang penyakit kronik lain seperti :
- Strok
- Kegagalan buah pinggang
- Nyanyuk
- Mati pucuk
- Kehilangan penglihatan
- Sakit Jantung
- Serangan Jantung
- Menurunkan berat badan:
- Berat badan yang terlalu tinggi merupakan faktor terbesar mengapa jantung anda menghadapi tekanan darah yang tinggi.
- Menurunkan berat badan merupakan cara menurunkan tekanan darah tinggi yang paling efektif dan memberi kesan.
- Anda perlulah menjaga BMI badan yang ideal iaitu antara 18.5 hingga 24.9
- Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut :
- Lakukan senaman kardio :
- Senaman kardio dapat menguatkan jantung anda dan dapat membakar lemak berlebihan yang ada pada badan terutama organ-organ penting seperti jantung dan hati.
- Lakukan senaman kardio sekurang-kurangnya 30 min sebanyak 3 hari dalam seminggu.
- Lakukan senaman secara berperingkat dan jangan paksa diri anda untuk melakukan senaman yang terlalu ekstrim.
- Berhenti Merokok :
- Tabiat merokok akan menyebabkan salur jantung darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.
- Sila dapatkan bantuan pakar/doktor untuk berhenti merokok dengan cara yang betul dan efektif.
- Tidur dengan cukup :
- Kekurangan tidur juga merupakan penyumbang terbesar kepada tekanan darah tinggi.
- Badan perlu rehat sekurang-kurangnya 7 – 8 jam sehari.
- Kekurangan tidur dalam jangka panjang dapat memberi kesan bukan sahaja pada kesihatan jantung malah kesihatan hormon dan mental anda.
- Tidur yang cukup juga merupakan cara menurunkan tekanan darah tinggi yang paling memberi kesan kepada jantung anda.
- Pengurusan stress :
- Badan akan mengeluarkan hormon yang akan meningkatkan tekanan darah iaitu hormon cortisol. Hormon ini akan mengecutkan salur darah yang mana akan meningkatkan tekanan darah.
- Urus stress anda dengan mendengar musik, menonton video yang menghiburkan anda, serta apa-apa aktiviti yang boleh menenangkan emosi dan fikiran anda.
- Jangan biarkan diri anda terus dalam keadaan stress. Keluar berjalan dan melihat tumbuhan hijau juga dapat menurunkan kadar stress.
- Mengurus kesihatan mental anda juga merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh memberi kesan yang signifikan.
- Biasakan diri anda kekal tenang walau dalam keadaan yang mencabar.
- Amalkan tabiat mengambil positif dalam kehidupan agar tidak mudah stress.
- Makan diet yang sihat :
- Makan makanan yang kurang ataupun tidak diproses.
- Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
- Kurangkan makan benda yang berminyak dan kadar lemak yang tinggi.
- Kurangkan pengambilan garam pada makanan
Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Melalui Pemakanan :
BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024
Antara cara menurunkan tekanan darah tinggi adalah dengan mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan potasium seperti :
- Buahan seperti pisang, tembikai, avokado, oren, dan buah tin
- Sayuran hijau seperti bayam hijau dan bayam merah
- Kentang
- Yogurt
- Ikan tuna, ikan kembung
- Cendawan
- Kekacang
Dalam mengamalkan cara turunkan tekanan darah tinggi cepat ini, anda perlu ingat bahawa ia hanya berkesan buat sementara waktu dan tidak bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan klinikal. Sekiranya anda ingin dapatkan nasihat untuk kawalan darah tinggi yang lebih tepat, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital.
Cara Bacaan Tekanan Darah Tinggi
Cara untuk membaca tekanan darah adalah seperti berikut :
- Nombor teratas (tekanan sistolik) mengukur tekanan dalam arteri apabila jantung anda berdegup.
- Manakala nombor bawah (tekanan diastolik) mengukur tekanan dalam arteri anda di antara setiap degupan jantung.
Anda boleh membuat bacaan tekanan darah tinggi dengan sendiri di rumah dengan alat yang berharga serendah RM56.90 dengan warranti selamat 3 tahun. Lihat sini
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.