Cara Memohon Pasport Malaysia Antarabangsa Untuk Kali Pertama. Exclusive !

Kongsi Artikel Ini

Pemakluman : Artikel ini hanya akan memberikan panduan cara memohon Pasport Malaysia dan tidak mengumpulkan sebarang data pengguna. Panduan ini merujuk kepada portal kerajaan yang sahih. 

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Pasport Malaysia ialah dokumen penting yang diperlukan bagi warganegara Malaysia untuk perjalanan ke luar negara. Terdapat prosedur khas yang perlu diikuti untuk membuat permohonan pasport pertama. Ingin tahu cara memohon pasport malaysia antarabangsa?Teruskan membaca.

cara memohon pasport

Kelayakan dan Tempoh Sah Laku

Pasport Malaysia hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia. Setiap pasport sah selama 5 tahun dari tarikh keluaran.



‘Klik Sini’ & join group whatsapp Info Bantuan Kerajaan 2023/ 2024

Bayaran Permohonan

Terdapat beberapa bayaran permohonan yang dikenakan untuk memohon pasport malaysia antarabangsa :

  • Permohonan biasa (13 hingga 59 tahun): RM200
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM100
  • Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah): RM100
  • Pelajar di luar negara (21 tahun dan ke bawah): RM100
  • Jemaah Haji: RM100 (Dengan surat pengesahan)
  • Orang kelainan upaya: Percuma




Baca juga : Daftar Haji Bersama Keluarga

Cara Memohon Pasport Kali Pertama

Bagi cara memohon pasport kali pertama, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut :

  1. Pemohon harus hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  2. Permohonan di kaunter Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne, dan Jakarta tidak memerlukan gambar, kecuali permohonan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  3. Untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, bawa gambar ikut spesifikasi yang ditetapkan.

Nota tambahan : untuk pembaharuan pasport, anda boleh melakukannya melalui atas talian melalui pautan berikut : Pembaharuan Pasport – Imigresen Online


Permohonan Bagi Pemohon 18 Tahun Ke Atas

Dalam artikel cara memohon Pasport Malaysia Antarabangsa ini juga disertakan dengan informasi berkenaan dengan jenis permohonan dan syarat-syarat yang perlu diberi perhatian :

  1. Lahir di Malaysia:
    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak ada MyKad, Kad Pengenalan Sementara diperlukan.
  2. Lahir luar negara:
    • MyKad pemohon
    • Dokumen perjalanan/pasport yang digunakan semasa pulang ke Malaysia.
  3. Pemohon dari Sabah dan Sarawak yang memohon pertama kali di Semenanjung:
    • MyKad pemohon dan Sijil Lahir.
    • MyKad mesti mempunyai tanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. MyKad tanpa tanda ini perlu diselaraskan di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).
    • Sekiranya tidak ada MyKad, Kad Pengenalan Sementara dan Sijil Lahir diperlukan.
  4. Pegawai Tentera / Polis
    1. Pegawai dan anggota Tentera: Kad Pengenalan tentera / My tentera
    2. Pegawai dan anggota Polis: Kad Pengenalan tentera dan Sijil Lahir.

    Nota: Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan diberikan selepas 5 hari bekerja.

Pelajar di luar negara dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Bagi pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang telah diterima untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara, mereka perlu menyediakan dokumen sokongan seperti berikut :

  1. Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa/tajaan.
  2. Resit bayaran yuran pendaftaran.
  3. Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar).

Sementara bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka perlu mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti dalam proses permohonan pasport.



Sekian panduan ringkas untuk cara memohon pasport Malaysia untuk kali pertama. Pastikan anda merujuk kepada pejabat yang berkaitan sebelum membuat permohonan. Adakah artikel ini memberikan manfaat kepada anda?Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak informasi bermanfaat dikongsikan kepada anda, sila tinggalkan emel anda disini. Kami akan sentiasa mengemaskini kepada anda dengan informasi yang terkini.

Sumber : Mygovernment

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment