Isi Kandungan
Cara Buat Link Whatsapp – Direct Mesej Tak Perlu Save Nombor
Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk membuat link Whatsapp anda tanpa memerlukan apa-apa aplikasi khas mahupun program yang berbayar.
Cara yang akan ditunjukkan adalah prosedur rasmi dari pihak Whatsapp sendiri untuk membuat link direct tanpa perlu save nombor menjadi kenalan baharu.
Langkah Pertama
Sila salin(copy) link url dibawah ini ke nota telefon pintar anda :
https://wa.me/6
Url ini adalah khas untuk nombor telefon yang berdaftar Malaysia kerana ianya bermula dengan nombor 6. Sekiranya anda merupakan pembaca dari negara lain, sila tukar nombor 6 pada url di atas dengan kod telefon negara anda.
Kod nombor negara lain :
- Brunei : 673
- Singapura : 65
- Indonesia : 62
- Thailand : 66
Langkah Kedua
Sila letakkan nombor telefon anda selepas nombor 6 di url tadi. Contohnya :
https://wa.me/60135556677
Nombor yang anda ingin jadikan link whatsapp direct message tidak boleh mengandungi jarak(space) ataupun simbol seperti “- , +”. Seperti ini : https://wa.me/+6013-5556677
Anda akan gagal untuk mencipta link whatsapp direct message sekiranya pada url tersebut mempunyai jarak dan juga simbol.
Proses Cipta Link Whatsapp – Direct Mesej Tak Perlu Save Nombor Selesai
Link Whatsapp anda sudah pun selesai dan boleh diguna. Sila buat ujikaji dahulu untuk memastikan link whatsapp anda tadi berfungsi.
Ianya akan menjadi seperti ini :
Tambah Mesej Pada Link Whatsapp Anda
Kebiasaannya peniaga akan meletakkan mesej khas bagi memudahkan urusan pelanggan kerana tak perlu lagi menaip mesej hanya perlu tekan hantar seperti ini.
BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar
- Untuk menambah mesej khas, anda perlu untuk pergi ke laman web khas iaitu URL ENCODER
- Sila taipkan mesej yang anda mahu ke dalam kotak teks seperti dalam gambar di bawah
- Selesai taip mesej yang anda mahukan, sila tekan ‘Encode’
- Anda kemudiannya akan diberikan teks khas berserta simbol seperti ini :
- Sila copy semua teks berkenaan dan letak pada Url yang sudah dicipta. Contohnya
https://wa.me/60135556677?text=(tukar dengan teks yang anda sudah copy) menjadi
https://wa.me/60135556677?text=Hai!%20Berapa%20harga%20kasut%20putih%3F
Sila kongsikan jika artikel ini membantu anda
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.