Bantuan Zakat UTM Johor. Buat makluman bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor kini telah mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.
Bantuan yang akan disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor ini bertujuanĀ bagi meringankan beban para pelajar yang tergolong dari Fakir Miskin.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UTM JOHOR
Kepada pelajar yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan bantuan zakat UTM bermula pada 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.
JENIS BANTUAN
Bantuan zakat yang akan ditawarkan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Bantuan Zakat Yuran Pengajian: Terbuka untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk selesaikan yuran pengajian.
- Bantuan Zakat Sara Diri: Khas untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan untuk kegunaan harian semasa berada di kampus.
Baca Juga:
- [Video] Kecoh! Program Parti MUDA diganggu, dibaling botol & mercun
- PH tolak bersama Tun M, sedia hadapi PRU15 dengan gabungan sedia ada
- KPT beri cuti 5 hari pelajar IPT pulang mengundi!
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UTM JOHOR
Buat pelajar yang ingin memohon mestilah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
- Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
- Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.
- Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.
- Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa/ bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).
- Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/ penjaga kurang RM3000 dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).
- Permohonan boleh dibuat sekali sahaja dalam satu semester.
CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT UTM JOHOR
Kepada calon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan untuk Bantuan Zakat UTM seperti berikut:
- Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM:
- Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di http://www.my.utm.my.
- Pelajar UTMSPACE
- Kepada pelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan iaitu dengan mengisi google form di pautan https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8