Bantuan Yuran Taska RM100 Sebulan. Terdapat berita baik untuk rakyat malaysia, terutama rakyat Selangor. Terdapat sebuah bantuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memasukkan anak-anak mereka ke Taska.
Bantuan tersebut telah dikenali sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar.
Sila ikuti maklumat yang selanjutnya mengenai syarat kelayakan di halaman TriviaMy.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN YURAN TASKA RM100
-
- Merupakan Warganegara Malaysia.
- Lahir dan juga menetap di Selangor atau tidak lahir di Selangor tetapi sudah menetap di Selangor sekurang-kurangya 5 tahun.
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Ibu bapa bekerja.
- Anak berumur empat tahun dan ke bawah.
- Terhad kepada dua anak sahaja.
- Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia.
- Ibu bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Baca Juga:
- Panduan Mohon Pengeluaran Duit ASB Secara Online Tahun 2022
- TERKINI : Kerajaan Sabah Akan Memberikan Bantuan Khas Sebanyak RM1,000
- Senarai Bantuan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2023 Yang Boleh Dimohon Oleh Rakyat !
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN YURAN TASKA RM100
Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di talian 03-5481-8800 atau layari portal rasmi Yawas di asuhpintar.yawas.my
PENGENALAN BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR 2022
Untuk pengetahuan anda, Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Tahun 2022 akan membantu ibu bapa untuk membayar yuran sebanyak RM100 setiap bulan.