Bantuan Warga Emas. Berita baik untuk rakyat Malaysia, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lalu bantuan tersebut telah dilanjutkan sehingga ke tahun 2022.
Buat makluman anda, bantuan ini akan diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dengan melalui agensi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu pihak warga emas yang memerlukan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup yang sejahtera.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Untuk makluman anda, Orang tua atau warga emas haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Baca Juga:
- Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 Untuk Penjawat Awam
- Permohonan Bantuan I-Belia One-Off Untuk Golongan Muda & Mahasiswa Tahun 2022
- Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia Sabah RM5000 Kini Dibuka
CARA MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS
Sekiranya ingin melakukan permohonan, sila ikuti langkah di bawah ini:
- Sila layari https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Sila klik pada butang daftar permohonan.
- Masukkan negeri tempat tinggal dan juga nombor kad pengenalan.
- Setelah selesai, klik butang daftar.
- Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk DI SINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN WARGA EMAS
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BANTUAN WARGA EMAS
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
- No. Tel: 03-8000 8000