Isi Kandungan
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bantuan tunai khas bulanan kepada isi rumah yang tidak dapat menyertai aktiviti menjana pendapatan atas faktor usia dan kesihatan bagi membolehkan mereka melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas wang tunai bulanan itu antara tiga cadangan yang dibentangkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya hari ini.
Artikel Trending :
Bantuan Tunai Khas Isi Rumah
Kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan miskin tegar yang sangat terkesan dan tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan sendiri atas faktor umur atau kesihatan, akan dibantu dengan sebuah solusi dengan menawarkan bantuan tunai khas secara bulanan.
Usul ini telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha beliau untuk menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.
Tambahan lagi, beliu berkata pemberian bantuan tunai khas ini demi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan bagi golongan itu.
Beliau meminta semua agensi dan kementerian untuk menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin yang layak untuk dibantu dan menjana pendapatan di bawah PGK makanan dalam tahun ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program-program dalam membasmi kemiskinan tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman dan pemberian modal perniagaan.
Jelasnya, ini termasuk latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan dan usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat dalam kelompok miskin tegar.
Sertai Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.