Bantuan Tambahan RM1000 STR : Semakan Status & Syarat Kelayakan

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Tambahan RM1000 STR : Semakan Status & Syarat Kelayakan

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Madani telah melaksanakan satu bantuan tambahan RM1000 khusus buat penerima STR.




Nama program bantuan ini adalah Skim Khairat Kematian (SKK) yang dilaksanakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN).

Namun bantuan ini hanya dapat dituntut sekiranya penerima STR ataupun pasangan itu telah meninggal dunia.

Bantuan Tambahan RM1000 STR

Isi Kandungan

Baca Juga:

Apa Itu Skim Khairat Kematian – Bantuan Tambahan RM1000 STR?

Skim khairatt kematian adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu ahli-ahli komuniti yang menghadapi kematian dalam kalangan keluarga atau jiran tetangga. Skim ini dapat digunakan untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menampung kos pengebumian.




 

skk 1024x368 1

Selain daripada skim khairat kematian yang disediakan kerajaan, kita juga perlu mengetahui sumber-sumber lain yang boleh dituntut sekiranya berlaku kematian dalam kalangan kita. Antaranya ialah Khairat Kematian ASB, Pencen, Takaful, KWSP, Perkeso, Penjawat Awam (JPA), Masjid dan banyak lagi. Dengan mengetahui hak-hak dan tuntutan kita, kita dapat mempercepatkan proses pengurusan jenazah dan harta pusaka serta mengelakkan sebarang pertikaian atau salah faham di antara waris.

Skim khairat kematian adalah satu skim yang sangat penting dan bermanfaat bagi umat Islam. Ia bukan sahaja membantu kita menguruskan kematian dengan lebih mudah dan cekap, tetapi juga menunjukkan rasa prihatin dan solidariti di antara sesama Muslim. Untuk sekarang ini, kerajaan telah menyediakan Skim Khairat Kematian, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca.


Skim Khairat Kematian Untuk Waris Penerima STR 2023 – Bantuan Tambahan RM1000 STR

Anda mungkin tidak menyedari bahawa kerajaan telah menawarkan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Skim ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga yang menerima STR.

Menurut portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), waris yang layak boleh menuntut sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang meninggal dunia. Syaratnya, individu tersebut mestilah penerima STR yang meninggal dunia di antara 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.

Bantuan Tambahan RM1000 STR




Waris boleh membuat tuntutan SKK bermula 17 Julai lepas sehingga 31 Januari ini. Tuntutan boleh dibuat secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Dokumen Penting Untuk Tuntutan Bantuan Tambahan RM1000 STR

Untuk membuat tuntutan skim khairat kematian – bantuan tambahan RM100 STR, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut:


  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Maklumat Lanjut Bantuan Tambahan RM1000 STR

Maklumat lebih lanjut dan terperinci boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM

Bantuan Tambahan RM1000 STR

Adakah artikel ini memberikan manfaat kepada anda? Sekiranya bermanfaat, kongsikan kepada kenalan yang lain.




Leave a Comment