Bantuan RM700 Sebulan Automatik untuk B40 Telah Dikreditkan Bermula Hari Ini – Semak Status Anda
Melalui Belanjawan 2024, pelbagai inisiatif dan bantuan diperkenalkan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia yang layak. Salah satu inisiatif tersebut adalah skim perlindungan yang memberikan bantuan kewangan sebanyak RM700 kepada individu yang memenuhi syarat.
Selain Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan lain yang boleh dipohon secara dalam talian oleh semua golongan masyarakat yang layak.
Isi Kandungan
Bantuan RM700 Sebulan Dibayar Automatik (MySalam)
MySalam merupakan inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan, yang memberi perlindungan kepada individu yang layak melalui Tabung Amanah MySalam. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mengatasi masalah kewangan akibat penyakit kronik.
Baca Juga:
- Peluang Kerjaya Bersama Perbadanan Perumahan Negeri Johor – Gaji Sehingga RM4,003
- MYSARA : Permohonan Bantuan Sara Hidup RM700 Untuk Golongan B40
Jumlah Bantuan
Melalui skim perlindungan ini, kerajaan telah memperkenalkan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta rakyat Malaysia (setakat Disember 2022). Bantuan ini terdiri daripada elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM50 untuk maksimum 14 hari, bersamaan RM700 setahun.
Syarat Kelayakan Bantuan RM700 Sebulan
- Kategori B40 dan ke bawah
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun
- Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000
Semakan Status Kelayakan
Rakyat boleh menyemak kelayakan mereka untuk bantuan ini sekiranya mengalami sakit melalui pautan berikut: mysalam.com.my/b40/info.
Melalui MySalam, kerajaan akan memberikan bantuan kewangan RM700 atau RM8,000 (bergantung kepada kelayakan) sekiranya rakyat yang layak menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan pada pautan di atas.
Senarai Penyakit
Antara 45 penyakit tersebut termasuk:
- Buta kekal yang tidak boleh pulih
- Hilang keupayaan bertutur
- Serangan jantung
- Kelumpuhan anggota
- Penyakit Alzheimer
- Kegagalan buah pinggang
- Jangkitan HIV/AIDS
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 1-300 88 8938 atau emel di [email protected].