Isi Kandungan
Bantuan RM500 Ketua Isi Rumah
Bantuan RM500 kepada ketua isi rumah atau singkatannya KIRWAS (Keluarga Isi Rumah Sarawak) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu golongan sasar yang memerlukan, khususnya mereka yang berada dalam kategori ibu tunggal yang berpendapatan rendah. Dalam usaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga-keluarga ini, bantuan tunai ini diharapkan dapat memberikan sokongan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan hidup keluarga.Objektif Bantuan RM500 KIRWAS
Dengan objektif yang jelas, kerajaan berhasrat agar wanita di Negeri Sarawak terutamanya wanita yang menjadi tunjang keluarga atau ketua isi rumah mendapat menjana serta meningkatkan lagi pendapatan. Selain itu, bantuan ini diharap dapat mempercepatkan pmulihan ekonomi individu ketua isi rumah, terutama pasca-pandemik, bantuan ini diharapkan dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi bagi golongan yang terjejas. Penerima bantuan RM500 ini juga disasarkan mampu berdikari demi mengecapi keharmonian hidup berkeluarga.Kelayakan Memohonan Bantuan KIRWAS
Bagi yang ingin memohon bantuan RM500 ini, anda hendaklah menepati semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :- Pemegang Kad Pengenalan berstatus K
- Atau isteri kepada suami yang memiliki kad pengenalan berstatus K
- Seorang usahawan wanita di Negeri Sarawak
- Telah pun berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah adalah kurang dari RM1,298 sebulan
- Pemohon bukanlah penerima bantuan sedia ada dari mana-mana agensi kerajaan
- Mengemukakan borang yang lengkap berserta dokumen sokongan yang telah pun disahkan
Pengenalan Wanita Ibu Tunggal, Ketua Isi Rumah
Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300
Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan makna bagi wanita dan ibu tunggal bagi penerima bantuan ini adalah :- Ibu yang telah diceraikan suaminya
- Balu – Isteri yang kematian suami
- Wanita yang mempunyai anak dalam tanggungang dan jagaannya yang berdaftar
- Wanita yang mempunyai suami namun suami tidak mempunyai kemampuan fizikal dan mental untuk mencari nafkah
Dokumen Sokongan
Sila pastikan anda mempunyai semua dokumen sokongan di bawah ini agar permohonan anda tidak ditolak :- Salinan kad pengenalan/IC
- Muka depan buku bank anda
- Slip gaji bulanan sekurangnya 3 bulan gaji
- Sijil cerai
- Sijil kematian suami
- Surat pengesahan sebagai ketua isi rumah
- Slip bank
- Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada, jika tiada tidak perlu)
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)
Anda boleh dapatkan borang permohonan Bantuan RM500 di sini https://forms.gle/AoddJVoeGwNFauhH9
Penting :- Borang yang disediakan adalah percuma
- Borang tersebut kenalah diisi sendiri oleh pihak pemohon
- Borang tersebut kenalah dikemukakan sendiri oleh pihak pemohon
- Kerajaan tidak ada menyediakan perkhidmatan mengisi borang melalui agensi atau syarikat
- Keputusan permohonan hanya dibuat oleh pihak JWKS dan tiada pihak dilantik untuk meluluskan permohonan dan penyediaan salinan dokumen (Salinan IC, Pengesahan Pendapatan dan Penyata Akaun Bank)
Cara Bantuan Disalurkan
Bantuan RM500 KIRWAS adalah bantuan yang akan disalurkan melalui akaun bank anda. Bantuan ini adalah bersifat one-off. Pemantauan dari pihak Kerajaan Negeri Sarawak ke atas kemajuan pendapatan bulanan bagi penerima bantuan akan dibuat dalam tempoh 6 bulan sebaik sahaja menerima bantuan. Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan ini telah pun dibuka sejak 25 Jun 2024 lagi.Selingan
Bantuan RM500 KIRWAS adalah satu langkah yang penting dan strategik dalam membantu keluarga berpendapatan rendah di Sarawak. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka tetapi juga memberikan harapan dan sokongan kepada masyarakat untuk terus berusaha dan memperbaiki taraf hidup mereka. Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk terus memperkukuhkan program bantuan sosial ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Sarawak, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang mendatang. Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan semua lapisan masyarakat dapat merasai kesan positif dan meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan.Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan RM500 KIRWAS
JABATAN WANITA DAN KELUARGA SARAWAK WISMA WANITA JALAN BAKTI, OFF JALAN SULTAN TENGAH, SEMARIANG, PETRA JAYA, 93050 KUCHING, SARAWAKTEL : 082-512666 FAX : 082-512632
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.