Bantuan Rahmah : Internet RM30 Prepaid 30gb/180 Hari

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Rahmah : Internet RM30 Prepaid 30gb/180 Hari

Bantuan Rahmah : Internet RM30 Prepaid 30gb/180 Hari
Bantuan Rahmah : Internet RM30 Prepaid 30gb/180 Hari

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi telah melancarkan bantuan rahmah dalam bentuk internet pakej murah kepada pelajar di IPT/IPTA dan ILKA.

Para pelajar kini sudah boleh menikmati internet 30GB dengan harga hanya RM30.

Pelajar merupakan antara pengguna internet yang tinggi dan yang bergantung dengan capaian internet dan telekomunikasi untuk urusan pembelajaran.

Dengan itu. pengumuman daripada Kementerian Komunikasi mengenai pengenalan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024 disambut baik oleh ramai pihak terutamanya pelajar.

Bantuan Rahmah Internet 30gb

Pakej bantuan rahmah dalam bentuk internet ini diperkenalkan khusus untuk pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih.

Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Bantuan rahmah ini diperkenalkan untuk membantu pelajar mendapatkan liputan internet yang lebih banyak dan murah semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Inisiatif ini dimulakan untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, dan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi akan diteruskan untuk mempelbagaikan lagi pakej ini.

Pengenalan pakej pascabayar istimewa ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup bagi golongan pelajar.

Dalam pakej ini, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pembayaran tetapi syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.

image 2024 07 23 125630851

Pakej Bantuan Rahmah Internet Yang Ditawarkan

  1. Harga Tidak Melebihi RM30: Pakej ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu tidak melebihi RM30.Ini memastikan semua pelajar termasuk mereka yang mempunyai kekangan kewangan dapat menikmati manfaat ini.
  2. Data Permulaan Sebanyak 30GB: Dengan data permulaan sebanyak 30GB, pelajar dapat menikmati akses internet yang mencukupi untuk keperluan pembelajaran, penyelidikan, dan komunikasi dalam talian.Kuota data yang besar ini direka untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dalam talian, mengakses bahan pembelajaran, dan menjalankan aktiviti akademik dengan lancar.
  3. Tempoh Sah Laku Selama 180 Hari: Pakej ini sah untuk tempoh 180 hari, memberikan pelajar masa yang mencukupi untuk menggunakan data tersebut tanpa perlu bimbang tentang keperluan untuk memperbaharui langganan dengan kerap.Tempoh yang panjang ini juga membantu mengurangkan beban kewangan pelajar dalam jangka masa panjang.

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Kementerian Pengajian Tinggi Menyambut Baik Bantuan Rahmah Dalam Bentuk Internet

image 2024 07 23 125944588

 

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Bantuan Rahmah Internet Prabayar Siswa ini melibatkan kerjasama lima syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

Syarikat-syarikat ini telah bersetuju untuk menawarkan pakej prabayar yang berpatutan bagi membantu pelajar IPTA dan ILKA mendapatkan akses internet yang berkualiti pada harga yang mampu milik.

Berikut adalah senarai syarikat telekomunikasi di Malaysia yang terlibat :

  1. CelcomDigi
  2. Maxis
  3. U Mobile
  4. TM Tech
  5. YES

image 2024 07 23 130406186

 

Syarat Kelayakan dan IPTA/ILKA Terlibat

Memandangkan tawaran ini baru sahaja diumumkan, kerajaan belum menjelaskan syarat kelayakan lagi untuk pelajar yang layak.

Namun gambaran awal sebagaimana kenyataan siaran media Kementerian Komunikasi bertarikh 16 Julai 2024 memaklumkan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Maklumat lanjut mengenai Pakej RAHMAH Prabayar Siswa akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih akan dimaklumkan menerusi laman web Kementerian Komunikasi www.komunikasi.gov.my

  image 2024 07 23 130959792

Cara Melanggan

Untuk makluman anda, langganan bagi Bantuan Rahmah Pakej Prabayar Siswa mulai 16 Ogos 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat dan kaedah langganan akan diumumkan oleh kementerian komunikasi atau melalui syarikat penyedia perkhidmatan di laman web rasmi;

CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/
Maxis: https://www.maxis.com.my/
U Mobile: https://www.u.com.my/
TM Tech: https://unifi.com.my/
YES: https://www.yes.my/

Lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment