Bantuan Mykasih RM450 September – Semak Sekarang

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Mykasih RM450 September – Semak Sekarang

Semak Mykasih Sekarang – Bantuan RM450 Sebulan
Semak Mykasih Sekarang – Bantuan RM450 Sebulan

Kerajaan bersetuju untuk terus memberikan bantuan kewangan kepada rakyat orang Malaysia yang berpendapatan rendah iaitu kepada golongan B40 dan juga M40.

Salah satu bantuan kewangan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Selain tu, ada lagi bantuan lain, nama dia MykasihMykasih adalah sebuah bantuan kepada rakyat untuk dibelanjakan hanya untuk membeli keperluan harian seperti makanan dan keperluan asas lain.

Sekiranya anda layak, cepat-cepat daftar Mykasih!

Gunakan duit bantuan ni dengan bijak, ini kerana kerajaan teruskan bantuan ini dengan tujuan nak tolong orang susah keluar dari kemiskinan.

Teruskan membaca untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang macam mana cara nak daftar dan semak Mykasih!

Bantuan MyKasih September 2024

Bantuan MyKasih adalah satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban hidup golongan B40 dan M40 yang berpendapatan rendah. Menerusi bantuan ini, pelbagai bentuk bantuan tunai disalurkan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas mereka. Antara penambahbaikan untuk bantuan Mykasih adalah :

  1. Lebih ramai orang boleh dapat bantuan: Sekarang, bukan setakat orang miskin tegar sahaja, golongan miskin pun boleh layak untuk dapatkan bantuan SARA. Tahun lepas, hanya orang miskin tegar sahaja yang layak.
  2. Duit bantuan lebih banyak: Setiap keluarga boleh dapat RM1,200, lebih banyak daripada RM600 tahun lepas. Sekiranya pemohon adalah bujang, bantuan tetap dapat RM600.
  3. Bantuan lebih luas: Sekarang ini, bantuan Mykasih SARA bukan setakat untuk makanan, tetapi boleh juga digunakan untuk beli barang-barang penting lain macam sabun, ubat-ubatan, dan barang kelengkapan sekolah.

Jumlah Bantuan MyKasih September 2024

Untuk tahun 2024, bantuan MyKasih yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan B40 telah diselaraskan seperti berikut:

  1. Bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah: Sebanyak RM150 sebulan (RM100 + RM50)
  2. Bantuan Kehidupan Sejahtera: Sebanyak RM300 sebulan

Ini secara langsung menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada mereka yang layak adalah sebanyak RM450 sebulan.

Kaedah Bayaran Bantuan MyKasih 

Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan untuk menyalurkan bantuan MyKasih kepada penerima B40:

  1. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (RM150):
    • Pembayaran dilakukan secara tanpa tunai melalui Akaun Kad Pengenalan.
  2. Bantuan Kehidupan Sejahtera (RM300):
    • Pembayaran juga dilakukan secara tanpa tunai melalui Akaun Selangkah.

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Bagi penerima yang bermastautin Semenanjung Malaysia, bantuan MyKasih akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang. Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan MyKasih akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Syarat Layak Bantuan MyKasih

Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah:

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Layak dan lulus sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Daftar & Semak MyKasih 2024

Untuk daftar Mykasih anda cuma perlu menjadi layak sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah)STR). Ini kerana bantuan MyKasih akan dibayar secara automatik kepada mereka yang layak(rujuk syarat di atas) tanpa perlu daftar khas untuk bantuan MyKasih. Penerima hanya perlu membuat semakan di laman web rasmi MyKasih.

Cara Semak MyKasih

Sila layari laman web rasmi untuk semak MyKasih di : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Semak Mykasih Sekarang – Bantuan RM450 Sebulan

1. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda di dalam kotak yang tertera. 2. Kemudian tekan ‘Semak Status’. Sekiranya layak, anda akan mendapat status seperti di gambar di bawah ini :

Bantuan Mykasih RM450 September – Semak Sekarang

Setelah membuat semakan Mykasih anda akan mendapatkan bantuan melalui dua cara seperti yang disebutkan di atas.

Penambahbaik Bantuan MyKasih Tahun 2024

Kerajaan telah memperluaskan penerima yang layak untuk bantuan MyKasih merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar sahaja.

Selain itu, kadar bantuan untuk isi rumah bagi penerima MyKasih telah dinaikkan sebanyak dua kali ganda iaitu RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023.

Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600 Dalam masa yang sama, kerajaan juga telahpun mengambil langkah untuk mendengar maklum balas penerima iaitu penggunaan kredit program MyKasih diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu :

  1. barangan kebersihan diri
  2. ubat-ubatan
  3. peralatan persekolahan

Bantuan Mykasih RM450 September – Semak Sekarang

Maklumat Lanjut Mengenai Syarat, Cara Daftar & Semak Mykasih, Daftar STR

  1. Maklumat lanjut mengenai mykasih boleh layari laman web di
    • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Aplikasi Semakan mykasih di PlayStore
    • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
    • MoF: 03-8882 4565 / 4566
    • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment