Bantuan Kredit Shopee RM400. Buat Makluman anda, kerajaan kini telah melancarkan Program Kecekapan Pencapaian Kelestarian (SAVE) 3.0, dengan menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik yang cekap tenaga.
Program ini adalah kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ianya telah menggalakkan lebih ramai pengguna untuk mendapatkan produk penjimatan tenaga dan pada masa yang sama menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai cara menebus baucar diskaun RM400.
Baca Juga:
- 17 Pengeluaran Khas KWSP Tersedia Untuk Pencarum Yang Layak
- TERKINI : Bantuan RM480 Untuk Semua Suri Rumah B40 2022 ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!
- Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) RM1000
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT SHOPEE RM400
Buat makluman anda, berikut merupakan syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar JIMAT 3.0 adalah seperti berikut:
Rebat ini akan dihadkan kepada satu akaun sahaja untuk pembelian bagi tahun 2022 berdasarkan ‘siapa cepat dapat’.
Program ini hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemegang akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
Bagi penerima e-rebat untuk Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon kategori satu Program SAVE 3.0.
Tapi pembelian boleh dibuat secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar serta dalam talian melalui platform e-dagang yang telah diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0
Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini telah terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin.
- Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk.
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KREDIT SHOPEE RM400
-
- Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
- Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
- PG Mall : https://www.pgmall.my/
Kepada yang ingin membuat penebusan secara manual, sila rujuk senarai kedai elektrik yang berdaftar di pautan berikut www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)