Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri Tahun 2025 Dikredtikan Minggu Hadapan – Semak Kelayakan Anda!

Kongsi Artikel Ini

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri tahun 2025 kepada penjawat awam negeri.

Bantuan ini bertujuan menghargai sumbangan dan komitmen mereka dalam merealisasikan Visi Penang 2030.



bantuan khas kewangan

Isi Kandungan

Kadar Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri

BKK yang diberikan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000, bergantung kepada mana yang lebih tinggi. Selain itu, bantuan berjumlah RM300 juga akan diberikan kepada penyelia, guru, dan petugas di institusi pendidikan agama serta sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang.

Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) Tahun 2025 : Maklumat Terkini & Tarikh Bayaran

Semakan Kelayakan




Bantuan ini diperuntukkan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri, tertakluk pada kemampuan kewangan masing-masing. Pemberian juga melibatkan penyelia dan guru di sekolah agama rakyat serta sekolah persendirian Cina.

bantuan khas kewangan

Tarikh Bayaran




Pembayaran BKK akan dibuat bermula 19 Mac 2025, melibatkan 7,066 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Sumber :

Leave a Comment