Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.
Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
Isi Kandungan
Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan Hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.
Baca Juga :
- TERKINI : Bayaran Fasa Ketiga Dikreditkan Bulan Ini
- Sumbangan Tunai Rahmah 2023 : Permohonan Baru & Kemaskini Status Kini Dibuka
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.
Jumlah Bayaran
Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah ;
- MyStep – RM700
- Pesara Kerajaan – RM350
Inisiatif Khas Telegram Bantuan Kerajaan : https://t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.