Bantuan i-Sejahtera RM200. Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu bagi meringankan beban rakyatnya, sama ada oleh kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri, salah satu bantuan tersebut adalah i-Sejahtera.
I-Sejahtera merupakan sistem yang dibangun untuk menyaluran pengurusan kebajikan serta penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat.
Orang awam, Pusat Khidmat (KADUN) and Parlimen, Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) telah menggunakan sistem ini untuk pengurusan program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.
Kami akan berkongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini di halaman TriviaMy.
Isi Kandungan
BANTUAN I-SEJAHTERA RM200
Terdapat 2 program antaranya ialah:
- Program Penghargaan Warga Emas: RM200
- Program Bantuan OKU: RM200
Baca Juga:
- TERKINI : Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula November 2022 ~ Mohon Sekarang!
- 2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP Kini Diluluskan
- Permohonan Pengeluaran i-Akaun KWSP Secara Online Tahun 2022
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-SEJAHTERA RM200
Program Penghargaan Warga Emas:
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Program Bantuan OKU:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Pulau Pinang.
- Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
CARA MOHON BANTUAN I-SEJAHTERA RM200
Untuk pengetahuan anda, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian. Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
Tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
Pemohon akan menerima bantuan pada tahun yang sama pendaftaran namun, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.
Manakala, untuk permohonan yang dibuat selepas 30 Jun pula, pemohon akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.