Bantuan e-Wallet RM200 ~ Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Kongsi Artikel Ini

Bantuan e-Wallet RM200. Buat makluman anda, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 pada jumaat yang lalu.

Dalam pembentangan tersebut, terdapat banyak bantuan-bantuan yang baru telah diperkenalkan begitu juga bantuan yang sedia ada namun telah ditambah baik.

Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan dan yang lain-lain. Ianya boleh dikatakan kerajaan telah mengeluarkan banyak dana sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.


Ini sudah termasuk dengan bantuan e-Tunai e-Pemula yang telah dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan itu sebelum ini.

Tambahan pula, pakej bantuan e-Pemula akan ditambahbaik lagi dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.



Bantuan e-Wallet RM200

Baca Juga:

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN e-WALLET RM200




Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan tersebut:

  • Bantuan ini akan diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

CARA TEBUS BANTUAN e-WALLET RM200



Sekiranya ingin membuat penebusan e-Pemula, anda boleh membuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti yang tertera di bawah:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Untuk setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.

Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia bagi mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.




MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bajet 2023, anda boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.

Leave a Comment