Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022 ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022 ~ Mohon Sekarang!

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pihak Koperasi Tentera Malaysia telah meneruskan bantuan bagi ahli koperasi yang terjejas akibat banjir yang melanda seluruh Malaysia saban tahun.

Peruntukan khas ini boleh dimohon oleh setiap ahli koperasi yang layak dan juga memerlukan bantuan ini dengan mengisi borang permohonan yang telah disediakan.


Isi Kandungan

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN BANJIR KOPERASI TENTERA

Seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya, permohonan bagi Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022 ini mestilah dibuat dengan melengkapkan lalu menghantar borang permohonan.

Borang permohonan untuk tahun ini boleh dimuat turun di pautan https://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2022/12/KTSKBANJIR-FNL.pdf



Baca Juga:

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN




Untuk memastikan hanya ahli koperasi yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan khas ini, setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:

  • MyTentera (bagi anggota ATM)
  • MyKad (bagi orang Awam atau pesara)
  • Laporan polis terkini atau borang Pusat Peminndahan Sementara (PPS)
  • Surat Pengesahana akaun bank.

Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya satu permohonan sahaja yang layak untuk diterima.

Selain itu, rumah yang telah terjejas daripada banjir adalah rumah yang diduduki oleh pemohon.

CARA MOHON BANTUAN BANJIR KOPERASI TENTERA



Berikut adalah merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat permohonan bantuan banjir bagi ahli Koperasi Tentera:

  • Anda perlu muat turun borang permohonan.
  • Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi segala butiran yang diminta.
  • Dapatkan pengesahan lalu tandatangan sokongan daripada Pegawai/ Majikan/ Ketua Kampung/ JKK.
  • Hantar borang permohonan yang lengkap ke cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan.
  • Sebagai alternatif, anda boleh scan borang permohonan yang telah lengkap tersebut dan hantar melalui emel ke [email protected].

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Koperasi Tentera di talian 1300 8000 58

PENGENALAN BANTUAN BANJIR KOPERASI TENTERA




Buat pengetahuan anda, permohonan bantuan banjir adalah sumbangan yang diberikan kepada anggota-anggota KT yang ditimpa musibah banjir untuk tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.

Hanya ahli koperasi sahaja yang layak untuk memohon bantuan khas ini tidak kira sama ada anda masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara, orang awam dll asalkan anda merupakan ahli sah persatuan koperasi ini.

Leave a Comment