Bajet 2025 : Bugar Ekonomi, Jana Perubahan Dan Sejahterakan Rakyat

Kongsi Artikel Ini

Pembentangan Bajet 2025 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, memberikan gambaran yang komprehensif mengenai hala tuju ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global dan domestik.

Dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi, dan kemampanan kewangan, Bajet 2025 dirangka bagi memacu pertumbuhan inklusif serta mengekalkan daya saing negara.

bajet 2025

Pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk memperkukuhkan sektor pendidikan, kesihatan, pekerjaan, serta pelaburan, yang dijangka memberi impak besar kepada pembangunan negara secara keseluruhan.

Pembentangan Bajet 2025 menekankan tema Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Mensejahtera Rakyat. Mari ikuti antara inpati menarik dalam pembentangan bajet kali ini.



Isi Kandungan

Intipati Bajet 2025

Antara intipati menarik dalam pembentangan Bajet 2025 kali ini adalah seperti berikut :




  • Sejarah tercipta tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan
  • Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik didunia
  • Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilion
  • Menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam
  • Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado
  • Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025
  • Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing 6.7 bilion ringgit dan 5.9 bilion ringgit
  • Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit
  • Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman
  • Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula menambah 1 jam waktu operasi di kaunter(Akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Komitmen Kerajaan Tumbuhkan Ekonomi

Bajet 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.

bajet 2025

Dengan penekanan terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan sektor-sektor strategik, bajet ini dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di arena global.

Ia bukan sahaja bertujuan untuk menangani cabaran semasa, tetapi juga untuk mewujudkan asas ekonomi yang lebih kukuh dan mampan bagi generasi akan datang.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment