KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan negeri di seluruh negara
Ikuti Telegram Rasmi: http://t.me/pakejbantuankerajaan
JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Isi Kandungan
Amaran Banjir Kilat
- Johor
- Perak
- Kedah
- Pahang
- Negeri Sembilan
Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah Johor Bahru (Jelutong, Tanjong dan Kupang) serta Pontian (Jeram Batu, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama (Hulu Selama, Hulu Ijok dan Selama).
Di Kedah pula melibatkan Bandar Baharu (Sungai Batu) serta Kulim (Terap); Temerloh (Semantan) dan Bentong (Sabai serta kawasan sekitarnya) di Pahang; Hulu Selangor (Ulu Bernam) serta Hulu Langat (Ulu Langat) di Selangor selain Jelebu (Kenaboi, Glami Lemi serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Pilah (Langkap serta kawasan sekitar) di Negeri Sembilan.
Notis Amaran Banjir Kilat
“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
– Awani