Bantuan RM200 Budi Madani Telah Dikreditkan Bermula Hari Ini. BUDI MADANI 2025 bernilai RM200 Disalurkan Mulai 8 Februari 2025 kepada penerima yang layak.
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa penyaluran bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula 6 Februari 2025.
Menurut kenyataan rasmi MOF di Facebook, bantuan tunai bulanan ini adalah untuk pembayaran bagi bulan Januari. Tarikh penyaluran bantuan untuk bulan-bulan berikutnya juga akan dikemaskini oleh kementerian dari semasa ke semasa.
“Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai secara bulanan RM200 BUDI MADANI bagi tahun 2025. Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” menurut hantaran tersebut.
Jangan lupa untuk buat semakan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025 buat anak anda yang bersekolah.
Isi Kandungan
Pengenalan Bantuan RM200 Budi Madani
BUDI MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Program ini diperkenalkan selaras dengan komitmen Belanjawan 2024 yang bertujuan menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengurangkan aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi.
BUDI MADANI diperkenalkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu masih menerima subsidi untuk mengawal harga barangan keperluan, manakala individu yang layak diberikan bantuan tunai untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kategori Bantuan RM200 Budi Madani
Terdapat tiga kategori utama di bawah inisiatif BUDI MADANI:
- BUDI Individu – Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
- BUDI Agri-Komoditi – Bantuan khusus untuk petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
- MySubsidi Diesel – Permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan fleet card.
Cara Mohon Bantuan RM200 BUDI MADANI
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan BUDI MADANI boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web rasmi https://budimadani.gov.my.
Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup, memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk mendapatkan bantuan yang disediakan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini dan sebarang pengumuman lanjut mengenai BUDI MADANI 2025, orang awam boleh merujuk kepada sumber berikut:
Laman web rasmi: https://budimadani.gov.my
Kementerian Kewangan: https://mof.gov.my
Hotline: 1-800-88-2747
Email: [email protected]
Sumber: Kementerian Kewangan (MOF), BUDI MADANI