Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700 Berkuatkuasa 1 Februari 2025

Kongsi Artikel Ini

Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700 Berkuatkuasa 1 Februari 2025

Pengumuman ini dibuat dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Isi Kandungan

Belanjawan 2025: Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700

Melalui sidang parlimen yang dilakukan baru-baru ini, pihak kerajaan telah menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum di Malaysia iaitu dari RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan bermula pada 1 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Gaji Minimum Dinaikkan

Baca Juga:




Akta Kadar Gaji Minimum 2025

Malaysia telah melaksanakan Dasar Gaji Minimum sejak 2011 melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732]. Perintah Gaji Minimum (PGM) pertama diwartakan pada 2012, dan kini terdapat enam PGM, dengan yang terbaru adalah PGM 2024.

Proses penetapan gaji minimum dilakukan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang ditubuhkan di bawah Akta 732.

Gaji Minimum Dinaikkan

Kadar Bayaran Bulanan/Harian/Per Jam

Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM1,700 sebulan, dengan pecahan bayaran mengikut hari dan jam yang telah ditentukan. Bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah kerja, kadar gaji bulanan tidak boleh kurang daripada RM1,700.

FAQ KADAR GAJI MINIMUM





Siapa Yang Terlibat?

PGM terpakai kepada semua pekerja, termasuk bukan warganegara di sektor swasta, kecuali pekerja domestik dan kontrak perantisan. Menteri Sumber Manusia menegaskan bahawa gaji minimum bukanlah gaji permulaan, tetapi gaji asas yang sepatutnya dibayar. “Jangan bayar graduan dengan gaji minimum ini kerana ia bukan gaji permulaan.”

Gaji Minimum Dinaikkan

Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum Dinaikkan

Terdapat dua tarikh pelaksanaan bagi perintah ini:

1 Februari 2025: Gaji minimum RM1,700 sebulan akan dilaksanakan untuk:

  • Majikan yang mengambil lima pekerja atau lebih.
  • Majikan yang menjalankan aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja.
  • 1 Ogos 2025: Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan untuk semua majikan yang menggajikan pekerja, setelah tempoh penangguhan bagi majikan dengan kurang daripada lima pekerja tamat.




Aktiviti Profesional

  • Aktiviti profesional merujuk kepada pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, termasuk sembilan sub kumpulan seperti profesional sains, kesihatan, perguruan, dan lain-lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO, sila layari: https://emasco.mohr.gov.my/masco.

Leave a Comment