Isi Kandungan
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH
Permohonan Jawatan Kosong di Jabatan Kehakiman Syariah kini dibuka. Kekosongan jawatan ditawarkan. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan disertakan dibawah, teruskan membaca.
TAHUKAH ANDA? Antara fungsi Jabatan Kehakiman Syariah adalah mengendali kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia, seterusnya membina dan menyelaras prosedur kehakiman untuk diterima pakai di Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang berkaitan melalui penetapan dasar, kaedah-kaedah, arahan amalan serta peraturan-peraturan. Selain itu, tugas mereka juga adalah untuk menyelaras dan memantau penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah untuk mempertingkatkan keberkesanan Mahkamah Syariah.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEHAKIMAN MALAYSIA
Nama Syarikat : Jabatan Kehakiman Malaysia
Jawatan Yang Ditawarkan : Pembantu Syariah Gred LS19
BACA JUGA :
- MySalam 2024 : Cara Mohon, Semakan Status & Tuntutan
- 5 Konsert Terhangat Bakal Berlangsung di Malaysia
- Bantuan Tunai RM1,000 Boleh Dimohon Julai Ini – Mohon Sekarang
SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU SYARIAH
Syarat kelayakan yang diperlukan bagi Pembantu Syariah adalah seperti yang berikut :
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji Permulaan : LS29:RM1,355.00)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : LS19: RM1,411.40)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : LS19: RM1,467.80)
CARA PERMOHONAN
1. Rujuk pautan iklan jawatan kosong di Jabatan Kehakiman Malaysia : Pembantu Syariah Gred LS19
2. Isi permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 29 Ogos 2024
3. Isi maklumat dengan teliti bagi memudahkan proses pemilihan berjalan dengan lancar.
TIPS TAMBAHAN UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN INI
- Kenali dan Fahami Tugas Jawatan yang Dimohon: Sebelum temuduga, pastikan anda memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan jawatan yang anda lamar. Ketahui keperluan serta harapan pekerjaan tersebut. Ini akan membolehkan anda memberikan jawapan yang lebih tepat dan memberi kesan positif kepada panel temuduga.
- Persediaan yang Kemas: Sediakan diri anda dengan sebaik mungkin sebelum temuduga. Ini termasuklah membuat salinan sijil-sijil yang diperlukan, membawa resume terkini, dan menyediakan contoh-contoh situasi di mana anda menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Pastikan juga anda tiba lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
- Berlatih Soalan-soalan Temuduga: Buat latihan menjawab soalan-soalan temuduga yang mungkin diajukan oleh panel. Ini termasuk soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman kerja, kekuatan dan kelemahan peribadi, serta matlamat kerjaya anda. Dengan berlatih, anda dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan memberi respon yang lebih baik semasa temuduga.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.