Isi Kandungan
Bantuan Sara Hidup MYSARA RM700 – Semak Sekarang
Kerajaan kini telah membuat beberapa penambahbaikan pada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos hidup.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan, dengan harapan dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Bantuan sara hidup ini menekankan prinsip kesaksamaan, yang merupakan salah satu nilai utama dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Dalam usaha untuk memberikan sokongan yang lebih baik, bantuan ini akan disalurkan secara berfasa.
Bagi mereka yang memenuhi syarat, jumlah bantuan yang diterima akan berbeza-beza.
Sekurang-kurangnya, penerima akan mendapat RM100, dan bagi yang layak, jumlah maksimum boleh mencapai RM1,200.
Ini tentunya satu langkah positif untuk membantu mereka yang terjejas dan meringankan beban yang ditanggung.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang bantuan ini, maklumat penuh akan dikongsikan di bawah.
Jadi teruskan membaca.
Bantuan Sara Hidup RM1,200
Bantuan MySara adalah satu langkah yang progresif dari kerajaan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan harian kita semua.
Untuk fasa ketiga ini pada bulan ini, setiap orang yang layak akan mendapat bantuan sebanyak RM700.
Ini pastinya dapat membantu sedikit sebanyak dalam menguruskan keperluan harian.
TRENDING : Diskaun Saman PDRM 50% Bulan Ogos Ini
Kaedah Pembayaran MYSARA Fasa 3
Untuk fasa 3 Bantuan Sara Hidup ini, kerajaan akan menyalurkan melalui dua cara untuk dapatkan RM700 ni:
- Tunai: Wang akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang layak.
- Tanpa Tunai: Penerima boleh gunakan baucar atau cara lain yang disediakan untuk beli barang keperluan.
Jadi, para penerima tak perlu risau, ada pilihan yang memudahkan yang sesuai dengan keperluan anda!
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan Status Melalui Portal MyKasih
Untuk membuat semakan status bantuan sara hidup MYSARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
atau anda boleh memuat turun di aplikasi rasmi Mykasih
Berikut adalah contoh bantuan SARA yang telah lulus.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan MYSARA 2024 boleh layari laman web rasmi di :
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan STR di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.