Isi Kandungan
Baby Walker Tak Selamat Untuk Bayi Anda ~ 3 Bahaya Menurut Pakar
Baby walker adalah salah satu pilihan yang popular di kalangan ibu bapa untuk mengajar bayi mereka berjalan.
Namun untuk tahukah anda, ada sebuah negara di mana baby walker diharamkan.
Negara Kanada telah pun mengharamkan penjualan walker sejak tahun 2004 lagi iaitu 20 tahun yang lalu.
Pengharam itu dikuatkuasakan kerana bahaya kepada keselamatan bayi yang menggunakan alat ini.
Sejak dari itu, penjualan serta pengiklanan baby walker adalah diharamkan sama sekali di negara Kanada.
Di dalam artikel kali ni, kita akan mengetahui lebih lanjut mengapa walker ni diharamkan serta apa bahaya yang boleh menimpa jika menggunakan alat ini.
Teruskan membaca.
Bahaya Baby Walker
Walaupun penggunaan dan penjualan baby walker di negara kita ni masih banyak, ramai pakar kanak-kanak bertegas untuk menegah ibu bapa dari membeli serta menggunakan walker kepada anak mereka.
Antara bahaya penggunaan baby walker adalah :
1. Akan menyebabkan kecederaan pada bayi
Roda yang ada pada walker akan menyebabkan pergerakan bayi menjadi lebih laju dari keupayaan sebenar bayi.
Bayi akan tergerak untuk melonjak serta melompat untuk mencapai barang ditempat yang lebih tinggi.
Kecederaan yang biasa berlaku pada bayi adalah patah tangan, kepala terhantuk, sehingga membawa kepada kematian.
2. Kaki bayi akan menjadi pengkar
Kaki pengkar adalah keadaan di mana kaki akan menjadi bengkok ke dalam ataupun ke luar.
Keadaan ini disebabkan oleh penggunaan alat walker secara lama dan berlebihan.
Kebiasaannya kaki pengkar terjadi apabila tulang kaki bayi yang masih lembut dan belum bersedia untuk berjalan dan berterusan dipaksa untuk memakai alat baby walker.
3. Membantut tumbesaran fizikal kanak-kanak
Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300
Kebiasaannya, pergerakan bayi adalah meniarap, menjulur, merangkak mengesot dan bertatih dan berjalan sesuai dengan proses pembesaran tubuh.
Namun, penggunaan walker akan menghadkan tumbesaran motor bayi kepada berdiri dan berjalan sahaja.
Cara Lain Latih Bayi Berjalan
Melihat perkembangan bayi anda dari merangkak, berjalan sehinggalah berlari adalah satu kenangan yang manis bagi setiap yang bergelar ibu bapa.
Terdapat pelbagai alat yang lebih selamat dari baby walker untuk membantu proses berjalan bayi anda.
Antara alat tersebut adalah :
1. Push Walker
Penggunaan push walker adalah lebih selamat dan sangat membantu dalam perkembangan otat dan tulang anak anda bersedia untuk berjalan sendiri.
Ia juga dapat membantu motor skill anak anda untuk memegang dengan kuat dan mengimbangkan diri dengan lebih baik dan selamat.
Perbezaan antara push walker dan baby walker :
2. Playpen
Playpen adalah seperti mini taman permainan.
Kaedah ini lebih selamat untuk anak berlatih berjalan dan bermain, bila mana dia hanya bergerak dan bermain dalam satu ruang yang khusus sahaja.
Ibu bapa boleh buat kerja lain tanpa risaukan keselamatan anak bermain.
3. Scooter Walker
Kaedah ini seakan push walker namun scooter walker mempunyai lebih banyak fungsi kerana disertakan dengan 6 mode.
Penggunaan baby walker boleh membawa risiko kepada keselamatan serta tumbesaran bayi anda.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami bahayanya.
Dengan memahami kesan negatif yang mungkin berlaku, ibu bapa boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka.
Mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan baby walker boleh membantu mencegah kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini.
Kesimpulannya, keselamatan dan perkembangan si kecil adalah keutamaan.
Berikan perhatian kepada pilihan peralatan bayi yang selamat dan sesuai untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan selamat bagi anak anda.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.