STR Fasa 3 2024 : Tarikh & Semakan Status Bayaran

Kongsi Artikel Ini

STR Fasa 3 2024 : Tarikh & Semakan Status Bayaran

Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu. Sebelum ini, desas desus dikatakan STR Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

Isi Kandungan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

STR Fasa 3 2024

Baca Juga:

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Setelah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

BAYARAN STR FASA 3 2024 DIAWALKAN

Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.

Tetapi jika kita melihat Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.

Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 TIDAK DIBAYAR SEBELUM AIDILADHA

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.

Oleh hal demikian, sebilangan penerima menjangkakan bayaran STR Fasa 3 turut akan dikreditkan sebelum Aidiladha.

Walau bagaimanapun, pada saat ini hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum Aidiladha belum ada pembayaran STR Fasa 3 diumumkan oleh kerajaan.

Oleh hal demikian, besar kemungkinan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan-bulan seterusnya dan bukannya sebelum Aidiladha.

TARIKH BAYARAN TERKINI

Hanya berbaki bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.

Dijangkakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Julai hingga September sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 antara Oktober hingga Disember bergantung daripada pengumuman.

STR Fasa 3 2024

CARA BAYARAN

Sama seperti Sumbangan Tunai Rahmah sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan

Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN STR FASA 3 2024

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

STR Fasa 3 2024

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 2024

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang disertakan di bawah

Leave a Comment