Parlimen untuk mesyuarat kedua penggal yang ketiga akan berakhir pada 18 Julai nanti. Untuk tempoh ini, Ahli Parlimen sedang berbahas mengenai pelbagai permasalahan mencakupi pelbagai peringkat masalah bermula daripada masalah rakyat sehingga masalah negara.
Tugas untuk menjadi seorang Ahli Parlimen bukanlah sesuatu yang mudah. Tanggungjawab yang diamanatkan oleh rakyat adalah sesuatu tugasan yang amat besar. Disebalik tugasan mereka, pasti rakyat tertanya-tanya tentang ‘gaji’ yang mereka perolehi untuk berkhidmat kepada rakyat.
Pada artikel kali ini, kita akan melihat senarai gaji dan elaun yang diterima oleh mereka dibawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237)
BACA JUGA : Panduan Lengkap Bakal Mahasiswa Selepas Keputusan UPU
Isi Kandungan
Gaji Ahli Parlimen
Berikut adalah butiran terperinci mengenai gaji dan elaun yang diterima oleh Ahli Parlimen di Malaysia, sama ada di Dewan Negara atau Dewan Rakyat. Ini menunjukkan struktur gaji yang pelbagai bergantung kepada peranan dan tanggungjawab tambahan yang dipegang oleh individu-individu tertentu dalam kerajaan dan parlimen.
Gaji Pokok
- Ahli Dewan Rakyat: RM16,000 sebulan
- Ahli Dewan Negara: RM11,000 sebulan
Jawatan Khas
- Ketua Pembangkang: RM3,846.59 tambahan sebulan
- Yang di-Pertua Dewan Negara: RM31,000 sebulan
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat: RM31,000 sebulan
- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara: RM22,000 sebulan
- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat: RM22,000 sebulan
Saraan bagi Anggota Pentadbiran
- Perdana Menteri: RM22,826.65 sebulan
- Timbalan Perdana Menteri: RM18,168.15 sebulan
- Menteri: RM14,907.20 sebulan
- Timbalan Menteri: RM10,847.65 sebulan
- Setiausaha Parlimen: RM7,187.40 sebulan
Elaun dan Kemudahan
Selain gaji pokok, Ahli juga menikmati pelbagai elaun dan kemudahan untuk memudahkan mereka menjalankan tugasan. Elaun dan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut.
- Elaun Kehadiran Mesyuarat: Diberikan setiap kali menghadiri sesi persidangan.
- Elaun Keraian: Untuk tujuan keraian dan majlis rasmi.
- Elaun Perjalanan: Termasuk penerbangan, penginapan, dan pengangkutan semasa tugas rasmi.
- Elaun Telefon: Untuk kos penggunaan telefon bagi tujuan rasmi.
Kemudahan Lain
- Kemudahan Perubatan: Ahli dan keluarga mereka berhak menerima rawatan perubatan di hospital kerajaan.
- Kemudahan Pejabat: Termasuk kemudahan pejabat dan peralatan yang diperlukan.
Pencen dan Ganjaran
Anggota yang telah berkhidmat untuk tempoh tertentu juga layak menerima pencen selepas bersara, memastikan jaminan kewangan selepas meninggalkan jawatan.
Gaji dan elaun yang diterima oleh anggota adalah mencukupi untuk menyokong mereka dalam menjalankan tugas rasmi dan tanggungjawab kepada rakyat. Pelbagai elaun dan kemudahan yang disediakan memastikan ahli dapat berkhidmat dengan berkesan dan profesional.
Sumber : Parlimen
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.