Isi Kandungan
Durian : Jangan Tertipu! Ini 5 Tips Beli Buah Isi Sedap
Berita baik buat para penggemar dan pencinta buah durian, musim durian di Malaysia telah pun tiba. Inilah masanya untuk para penggemar untuk mencari buah ini kerana apabila tiba musimnya, harga buah akan menjadi lebih murah berbanding di luar musim.
Anda penggemar buah ini tapi tak tahu cara nak kenal buah yang dah masak, isinya manis dan lemak?
Artikel kali ini akan memberikan anda info cara untuk kenal buah yang isinya sedap.
Orang kata tak rugi membayar mahal sebab dah tahu pasti buah tersebut rasa sedap.
Tips Mengenal Buah Durian Isi Sedap
Mengenal pasti buah yang telah masak merupakan skill dan ilmu penting bagi penggemar buah ini.
Buah yang masak memiliki ciri-ciri khusus yang dapat dikenali melalui beberapa teknik mudah. Antaranya :
1. Goncang buah dan rasakan adakah gegaran dari biji di dalamnya
Ambik buah yang anda berkenan, dan sila goncang buah tersebut.
Sekiranya terdapat gegaran biji buah tersebut maka itu merupakan tanda bahawa buah yang anda pegang itu telah pun masak.
Gegaran pada buah durian menandakan buah durian masak kerana isi buah telah pun terpisah dari pada kulit buah.
Selalunya buah durian yang belum masak akan melekat pada kulit dalam durian.
2. Hidu bau buah durian tersebut
Sekiranya buah yang anda pegang itu berbau sedap, lemak, ini bermakna buah tersebut sudah sedia untuk di makan.
Sekiranya buah tersebut tidak mempunyai bau, cuba pilih buah yang lain dulu.
Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi.
Jika sudah merekah dan kehitaman warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk.
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum.
Sebelum membeli buah, pastikan anda menghidu baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit buah tersebut.
Jika bau tidak berapa kuat, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.
BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024
3. Ketuk buah durian
Teknik mengetuk buah adalah untuk memastikan samada buah tersebut mengeluarkan bunyi seakan kosong atau pun tidak.
Sekiranya buah tersebut mengeluarkan bunyi seakan buah itu kosong, maka itu adalah petanda bahawa buah tersebut telah pun masak.
4. Periksa tangkai buah
Cuba lihat pada tangkai buah yang anda pegang. Sekiranya tangkai buah durian tersebut telah kecut, sila pilih buah yang lain.
Ini kerana tangkai buah yang telah kecut atau gelap selalunya petanda bahawa buah tersebut adalah buah yang sudah lama jatuh dari pokok, berkemungkinan sudah jatuh 2 hari dari pokok.
Seandainya tangkai buah tersebut dalam keadaaan berlendir dan masih cerah, makanya ianya buah yang segar dan baru jatuh dari pokok.
Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap.
5. Perhatikan duri pada buah
Teknik ini memerlukan anda untuk menyentuh duri pada buah durian. Sekiranya buah tersebut mempunyai duri yang lembut, ini bermakna buah tersebut telah masak dan sedia untuk di makan.
Buah yang mempunyai duri yang masih keras adalah tanda bahawa buah itu masih belum masak.
Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis.
Duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.
Jenis-Jenis Buah Durian Popular
Berikut merupakan jenis buah durian yang mempunyai populariti seluruh Malaysia dan juga luar negara :
1. Black Thorn
Ciri-ciri buah :
- Berbentuk bulat
- Kod buah : D200
- Kulit berwarna perang dan berduri pendek
- Hujung buah melengkung ke dalam
- Duri berwarna hitam
- Isinya berwarna oren
- Isi tebal dan tekstur tebal berlemak krim lembut
Harga semasa tahun 2024 : RM80/kg
2. Kim Hong
Ciri-ciri buah :
- Kod buah : D198
- Bentuk bulat sedikit lonjong
- Warna kulit hijau perang
- Rasanya lemak manis dan pahit
- Berat sebiji antara 1kg – 2kg sebiji
3. Musang King/Raja Kunyit
Ciri-ciri buah :
- Berbentuk bulat bujur
- Warna kulit hijau muda
- Kod buah : D197
- Warna isi kuning keemasan, berkilat dan tebal
- hujung buah berbentuk seperti bintang
- Baunya kuat
- Rasa lemak manis dan sedikit pahit
4. Udang Merah
Ciri-ciri buah :
- Buah sederhana besar
- Kod buah : D175
- Kulit hijau perang dan duri pendek
- Isi berwarna merah kekuningan
- Isi tebal dan lembik
- Rasanya pahit dan lemak manis
5. D24
Ciri-ciri buah :
- Bentuk buah bulat membujur
- Duri tajam dan halus
- Warna kulit hijau sedikit keperangan
- Bertangkai panjang sederhana
- Rasanya lemak manis dan sedikit pahit
- Berulas besar
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.