Sepak Takraw : Sukan Khas Orang Asia Tenggara

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Sepak Takraw : Sukan Khas Orang Asia Tenggara

Sepak Takraw : Sukan Khas Orang Asia Tenggara

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita kemenangan dalam sukan Sepak Takraw yang berlangsung di perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu minggu lalu apabila bertemu musuh tradisi dari negara Thailand dalam acara regu.

Populariti sukan Sepak Takraw kembali meningkat atas kemenangan ini dan orang ramai mula bercakap mengenai sukan ini perlu dipertandingkan diperingkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Sukan Sepak Takraw mula diperkenalkan di Sukan Asia sejak tahun 1990 lagi apabila negara China menjadi tuan rumah. Dan setakat ini sudah 9 kali(termasuk Sukan Asia 2022) sukan Sepak Takraw dipertandingkan di Sukan Asia.

image 2024 05 27 150532139
Kredit

Sejarah Sepak Takraw

Pada asalnya sukan ini diberi nama sebagai Sepakraga Bulatan. Di mana beberapa orang pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.

Rakannya itu akan menimbang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali mengelak dari pada bola dari terjatuh, sebelum menendang bola ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimbang bola itu dan mengawalnya agar bola tersebut tidak jatuh ke bumi.

Jika bola itu jatuh, maka permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Sepakraga telah pun dimainkan semenjak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Sukan Sepak Takraw yang ada sekarang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton.

image 2024 05 27 151434409

Sepak Takraw Moden

Pada tahun 1940an, Sukan Sepakraga Bulatan kian kurang popular, anak muda tidak lagi memainkan sukan ini penonton pun tidak lagi datang untuk menyaksikan sukan ini dilangsungkan walaupun hadiah yang dipertandingkan cukup lumayan.

Maka dengan sebab itu, satu idea untuk memodenkan sukan ini telah timbul oleh Hamid Mydin. Idea tersebut adalah untuk mengubah atau memodenkan permainan Sepakraga ini dengan menggunakan jaring dan gelanggang seperti permainan badminton yang mana pada masa itu sukan badminton cukup popular dikalangan rakyat negara-negara bekas jajahan British.

Bertempat di suatu kawasan atas lapisan bertar, tapak bekas Hospital Haiwan di Jalan Patani Pulau Pinang, Hamid Mydin menggaris pada lantai dengan menggunakan kapur tulis, garisan panjangnya 44 kaki dan lebar 22 kaki. Beliau kemudian meregang tali rami di tiang yang sedia ada tingginya 5 kaki 3 inci.

Permainan baru ini semakin mendapat perhatian orang ramai. Pemain-pemain muda mula meninggalkan permainan bulatan dan berpindah kepada permainan yang lebih menarik ini menggunakan 3 pemain sebelah dan berjaring yang kemudiannya dinamakan Sepakraga Jaring.

Corak permainan baru Sepakraga ini diperkenalkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Ianya akhirnya mendapat galakan dan sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia. Dalam masa yang singkat permainan sepak raga jaring mula dan dipertandingkan dalam stadium bertutup tidak lagi di tanah-tanah lapang yang terbuka. 

Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis dengan rasminya pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang.

image 2024 05 27 152757209

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Teknik Permainan Sepak Takraw 

Seiring dengan peredaran zaman, cara sukan ini juga akan berevolusi sesuai dengan dengan waktunya. Namun teknik permainan secara asas tidak berubah seperti :

1. Sepak sila

Sepak sila adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki bagian dalam. Teknik ini digunakan untuk menerima dan menimbang bola, mengumpan dan menyelamatkan smash dari pihak lawan.

image 2024 05 27 153729357

2. Sepak Kuda

Sepak kuda atau sepak kura adalah sepakan dengan menggunakan kura kaki atau dengan punggung kaki. Digunakan untuk menyelamatkan bola dari smash lawan, memainkan bola dengan usaha menyelamatkan bola dan mengambil bola yang rendah.

image 2024 05 27 153753525

3. Sepak Cungkil

Sepak cungkil adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki (jari kaki). Digunakan untuk mengambil bola yang jauh, rendah dan bola-bola yang liar pantulan dari bloking.

sepak001

4. Menapak

Menapak adalah menyepak bola dengan menggunakan telapak kaki. Digunakan untuk :smash ke pihak lawan, menahan atau membloking smash dari pihak lawan dan menyelamatkan bola dekat net (jaring).

takraw37

Pemain

  1. Tekong – merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
  2. Apit kanan – merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
  3. Apit kiri – merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit kanan dan apit kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan, menjadi feeder dan killer. Ini bergantung kepada keadaan permainan dan kemahiran masing-masing.

Materi Sepak Takraw: Pengertian, Sejarah, Teknik, Lapangan, Peraturan

Walaupun sukan ini adalah ciptaan Malaysia namun, kejuaraan banyak dibolot oleh negara jiran kita Thailand. Semoga sukan ini semakin popular dikalangan anak muda dan mendapat pengiktirafannya agar pembangunan sukan Sepak Takraw di Malaysia semakin gemilang.

 

 

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment