Bantuan RM500 warga emas masih diteruskan untuk tahun 2024. Untuk pengetahun anda, inisiatif ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai inisiatif ini.
Isi Kandungan
Bantuan RM500 Warga Emas 2024
Bantuan RM500 Warga Emas ini diberikan bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.
Baca Juga:
- Lembaga Getah Malaysia Tawar Peluang Kerjaya. Mohon Sebelum 15 Mei 2024
- Kewangan : 3 Cara Simpan Dan Labur Duit Raya Anak
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas
Mereka yang ingin membuat permohonan bantuan RM500 Warga Emas haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmaran secara percuma
- Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan
Cara Membuat Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas
Cara permohonan bantuan RM500 Warga Emas adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
INFO: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut dalam membuat permohonan Bantuan RM500 Warga Emas, anda boleh menghubungi JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.