Isi Kandungan
Cuaca Panas di Malaysia – Ini 2 Puncanya
Seperti yang semua rakyat sedang alami sekarang ini, cuaca teramatlah panas. Dengan keadaan hujan yang jarang berlaku lagi menambah rasa bahang terutama mereka yang tinggal di kawasan yang padat seperti di bandar, kondominium dan apartmen.
Fenomeno ini bukan baru berlaku. Saban tahun, tiap bulan Februari sehinggalah Mei negara Malaysia akan dilanda dengan cuaca yang panas mencecah sehingga 40 darjah selsius di beberapa kawasan di Utara Tanah Air seperti Kedah dan Perlis.
Mengapa fenomena cuaca panas di Malaysia berlaku?
Punca Cuaca Panas di Malaysia
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena cuaca panas dan kemarau ini berlaku adalah di sebabkan Malaysia sedang menghadapi fasa akhir Monsun Timur Laut yang mana kebiasaannya berlaku menjelang bulan Februari sehinggalah akhir bulan Mac.
Pada waktu inilah ada disesetengah kawasan di negara Malaysia mulai dilanda bencana kemarau seperti yang berlaku sekarang di Papar Sabah.
Menurut Jabatan Meteorologi lagi, cuaca panas ini juga berlaku berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara ini juga boleh menjadi lebih tinggi dari kebiasaannya di kebanyakan tempat.
Kebiasaanya suhu ketika ini secara puratanya ada 35 darjah celsius berbanding bulan-bulan lain iaitu 28 – 32 darjah celsius.
Apa itu Fasa Akhir Monsun Timur Laut?
Monsum timur laut adalah fenomena yang disebut sebagai musim banjir di Malaysia. Selalunya monsun timur laut bermula pada bulan November setiap tahun. Malaysia akan dilanda hujan yang kerap sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan terutamanya di Pantai Timur(Kelantan, Terengganu dan juga Pahang).
Manakala fasa akhir monsum timur laut adalah keadaan di mana sesebuah tempat itu akan mendapat hujan yang kurang dalam tempoh yang lama berbanding kebiasaannya.
Pada fasa ini juga, langit di kawasan yang terkesan akan mendapat litupan awan yang kurang terutamanya di kawasan Utara Tanah Air seterusnya membawa kepada sinaran matahari yang lama mengakibatkan panas yang melampau.
Bahaya Panas Melampau
Cuaca panas yang melampau boleh membawa kepada dua keadaan iaitu kelesuan haba dan juga strok haba. Keleseuan Haba dan juga Strok Haba adalah keadaan di mana badan tidak lagi dapat menyejukkan badan seterusnya menstabilkan suhu badan. Ianya berlaku sekiranya badan terdedah dengan cuaca/suhu yang panas dalam tempoh yang lama.
Strok haba biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat sehingga melebihi suhu 40 darjah celsius. Keadaan ini berlaku secara mengejut dan juga secara berperingkat.
Sebelum tubuh mengalami strok haba, tubuh anda akan melalui satu fasa yang disebut sebagai kelesuan haba. Tanda tubuh anda mula terkena kelesuan haba adalah :
- Suhu badan meningkat sehingga 37 – 40 darjah celsius
- Otak anda tidak dapat berfikir dengan baik
- Denyutan jantung menjadi cepat
- Terasa sakit di kepala
- Loya & pening
- Badan terasa lesu dan penat
- Berpeluh
Sila pastikan anda mengambil perhatian tentang tanda-tanda ini. Kerana jika kelesuan haba dibiarkan boleh membawa kepada strok haba.
BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar
Cara Menangani Suhu Panas Melampau
Antara cara yang boleh menyejukkan suhu tubuh badan anda dan juga persekitaran anda adalah :
- Mandi dengan air yang dingin
- Arahkan kipas ke tubuh anda sehingga anda terasa sejuk dan suhu tubuh mula turun
- Kerap minum air dingin
- Pakai pakaian yang longgar dan juga berwarna cerah.
- Elakkan memakai pakai yang gelap kerana warna gelap akan lebih cepat menyerap haba.
- Kurangkan aktiviti di luar seperti bersenam, bermain suka pada waktu matahari terik.
- Pakai topi ataupun payung ketika keluar dari rumah.
- Pastikan rumah anda mempunyai peredaran udara yang baik dengan membuka tingkap ketika panas.
- Pasang penghawa dingin di kediaman anda.
- Pasang exhaust fan di rumah anda.
Memasang exhaust fan seperti ini adalah cara yang paling mudah dan murah untuk menyejukkan rumah berbanding dengan penghawa dingin. Klik di sini Exhaust Fan harga serendah RM21
Peka Dengan Cuaca Panas
Orang ramai dinasihati agar kurangkan aktiviti diluar dan juga sentiasa berjimat air kerana dikuatiri fenomena cuaca panas ini akan berlarutan sehingga bulan Mei nanti.
Dengan ini, kami sarankan agar pembaca sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, ataupun melalui aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
Sila kongsikan jika artikel ini membantu anda
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.