Isi Kandungan
Bantuan RM500 Sempena Perayaan Untuk Pekerja Di Malaysia
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata beliau mengalu-alukan kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan khas kepada para penjawat awam di negara ini bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada bulan April nanti.
Untuk pengetahuan, kerajaan Malaysia sebelum ini telah memberikan imbuhan khas kepada semua penjawat awam sebanyak RM2,000 pada hujung bulan Februari yang lalu. Datuk Dr Adnan Mat berterima kasih atas pemberian tersebut kerana bantuan tersebut.
Ini kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan para penjawat awam untuk mendepani pembukaan sekolah anak-anak serta bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Beliau menambah lagi, imbuhan berbentuk wang yang kelaziman diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri nanti.
Lazimnya kerajaan akan memberi bantuan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS.
Justeru, beliau berkata penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar dan yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.
BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.