Bantuan SARA 2024 : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi manfaat kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima Bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024.
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, berkata sumbangan itu dapat membantu penerima membeli barangan makanan asas yang diperlukan.
Isi Kandungan
Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Untuk membantu golongan miskin tegar, Belanjawan Madani 2024 telah mengumumkan bantuan SARA tambahan sebanyak RM1200 bagi setiap isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kriteria tambahan yang relevan.
Untuk Belanjawan 2024, penerima STR yang berjumlah 700,000 orang akan menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Bayaran ini akan dibuat melalui kaedah yang sama seperti sebelum ini, iaitu dengan menggunakan MyKad.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Dewan Bahasa Dan Pustaka : Gaji Permulaan RM2,080
- Cara Buat Rayuan STR Bagi Pemohon Yang Tidak Lulus Bayaran Fasa 1
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Data e-Kasih dan JKM mengenal pasti dua kategori baharu golongan miskin, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Kedua-dua kategori ini akan mendapat bantuan kewangan daripada Program SARA, iaitu RM100 sebulan selama setahun bermula Januari. Selain itu, mereka juga berhak untuk mendapatkan STR, iaitu sumbangan tunai sehingga RM2500 bergantung kepada jumlah anak dalam isi rumah.
Rujuk lampiran penuh di bawah:
Semakan Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan.
Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Tarikh Bayaran Bantuan RM100 (SARA)
Bantuan tambahan bagi tahun 2024 dijangka akan mula disalurkan bermula Januari – Disember 2024 (RM100 / sebulan) bagi yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.
Manakala bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kelak.
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang.
Jumlah tersebut akan diagihkan pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai.
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.
Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.