6 Ciri Menarik Di Aplikasi UFirst Perodua – Exclusive Disini !

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Pernah Dengar UFirst Perodua?

Program Kesetiaan UFirst Perodua Passport adalah inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Perodua Sales Sdn Bhd. Tujuan utama program ini ialah memberikan pelbagai ganjaran eksklusif serta keistimewaan kepada individu yang setia dengan jenama Perodua.

Program kesetiaan ini memberi ruang kepada pemilik kenderaan Perodua untuk menikmati pelbagai faedah dan ganjaran yang eksklusif untuk menghargai kesetiaan mereka terhadap jenama Perodua.



Mengenang Sejarah Perodua

Perodua, singkatan bagi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, dibentuk pada tahun 1993 dengan matlamat utama membawa kemudahan mobiliti yang lengkap kepada rakyat Malaysia. Menerusi produk praktikal dan perkhidmatan yang bernilai tinggi, Perodua dikenali sebagai peneraju dalam pengeluaran kenderaan Malaysia. Portfolionya merangkumi pelbagai aspek, termasuk pengeluaran kenderaan, penyelidikan dan pembangunan, jualan, selepas jualan, serta pembaikan dan pemulihan kenderaan terpakai.

ARTIKEL LAIN MENARIK : APLIKASI MYASNB MEMUDAHKAN PELABURAN ANDA

Aplikasi UFirst: Fasiliti Canggih di Hujung Jari Anda

Kewujudan aplikasi UFIRST PERODUA memberikan kemudahan kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.




  1. MyPassport: Sebuah platform yang membolehkan pemilik kenderaan menyimpan dan mengemaskini maklumat peribadi, maklumat kenderaan yang dimiliki, dan ganjaran serta tawaran eksklusif yang boleh diperolehi.
    ufirst perodua
  2. Test Drive: Peluang untuk merancang dan membuat temujanji ujian pemanduan kenderaan terkini Perodua dengan mudah.ufirst perodua
  3. Sales & Service Locator: Dapatkan akses kepada maklumat terkini berkenaan lokasi cawangan-cawangan Perodua yang terdekat.ufirst perodua
  4. Redemption: Ketahui dan tuntut ganjaran dan baucer-baucer eksklusif yang boleh diperolehi melalui program kesetiaan UFirst.ufirst perodua
  5. E-Appointment: Tempah temujanji servis kenderaan dengan mudah melalui aplikasi ini.ufirst perodua
  6. Perodua Auto Assist: Dapatkan bantuan dan nasihat segera dengan menghubungi talian terus Perodua.ufirst perodua

Cara Tempah Sesi Servis Kenderaan Melalui Ufirst Perodua


  1. Log masuk ke aplikasi UFirst Perodua dan tekan butang e-appointment.
  2. Pilih “Book Now”.
  3. Pilih cawangan berdekatan dan masukkan maklumat kilometer kenderaan.
  4. Pilih tarikh yang sesuai.
  5. Sahkan tarikh dan masa yang dipilih.
  6. Perodua akan mengesahkan tempahan menjelang tarikh yang dipilih melalui SMS atau panggilan telefon

Sasaran Perodua Tahun 2024

Perodua menaikkan sasaran pengeluaran kepada 338,000 unit dengan sasaran jualan sebanyak 325,000 unit menjelang tahun ini. Ini disebabkan oleh peningkatan bekalan komponen dari vendor automotif dan permintaan yang tinggi terhadap model kenderaan mereka.



Pada Januari 2023, Perodua telah menetapkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit dengan sasaran jualan sebanyak 314,000 unit. Ini disokong oleh momentum jualan yang tinggi serta permintaan yang baik terhadap model mereka, Perodua Axia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad menyatakan, “Bulan ini menyaksikan Perodua mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi, masing-masing 35,111 unit dan 33,836 unit dalam hanya tempoh sebulan.”

Sumber : Ufirst

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment