Isi Kandungan
PERMOHONAN PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 68/24 (LELAKI)
Permohonan Jawatan Kosong TUDM – Perajurit Muda (PJM) Udara telah dibuka bermula 27 November 2023 yang lepas. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan Jawatan Kosong ini disertakan dibawah, teruskan membaca.
MENGENAI TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Matlamat utamanya adalah untuk mempertahankan kepentingan negara dengan menyediakan, mengendalikan, dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa siap sedia.
TUDM turut mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan beberapa tugas penting dalam kerangka Angkatan Tentera Malaysia:
1. Pengawalan Ruang Angkasa
TUDM bertanggungjawab untuk mengawal ruang udara bagi tujuan keamanan, sambil menghalang penggunaan yang tidak sah oleh pihak musuh. Ini termasuk operasi serangan, pertahanan, dan operasi pencerobohan yang defensif.
2. Aplikasi Kekuatan
Mengendalikan ancaman yang timbul, sama ada di darat atau di udara, termasuk serangan strategik, operasi tentera, dan serangan di kawasan laut.
3. Peningkatan Kekuatan
Memperkukuhkan keupayaan di udara dan di darat dengan melakukan pelbagai misi seperti penyediaan bahan api di udara, pengawasan, misi pengangkutan, teknik penghalang elektronik, dan operasi penyelamat.
4. Ketahanan Kekuatan
Menjamin kejayaan operasi dengan melindungi pangkalan, menyediakan sokongan logistik, dan memastikan keperluan asas anggota berada dalam keadaan baik.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG TUDM
Jawatan Yang Ditawarkan : Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 68/24 (Lelaki)
Tarikh Tutup Permohonan : 7 Januari 2024
BACA JUGA : Kemaskini STR 2024
KEPERLUAN DAN KELAYAKAN JAWATAN KOSONG TUDM
Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong TUDM adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.
- TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
- Penglihatan –
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
Manakala, syarat kelayakan akademik bagi tujuan permohonan jawatan kosong TUDM ini adalah seperti berikut :
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
IKLAN/BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TUDM
Syarat dan terma bagi permohonan perlu dirujuk di sini
Pastikan semua maklumat yang diisi adalah benar.
Sumber : Sistem Pengambilan TUDM
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.