Isi Kandungan
Belanjawan 2024 : Malaysia Madani
Sememangnya seluruh rakyat di Malaysia sedang menantikan pengumuman penting bagi setiap tahun daripada Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Belanjawan 2024. Hal ini kerana, pada pengumuman ini, rakyat akan mendapat informasi dan maklumat berkenaan dengan manfaat yang bakal diperolehi pada belanjawan kali ini. Untuk tahun ini, belanjawan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.
Fokus Belanjawan 2024
Terdapat pelbagai aspek yang perlu diberikan tumpuan pada pembentangan belanjawan 2024 kali ini. Berikut merupakan antara fokus dalam belanjawan kali ini :
1. Aspek Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan memberikan tumpuan kepada agenda pendigitalan pendidikan dalam sistem pendidikan negara dalam Belanjawan 2024. Menurut Menteri Pendidikan, peruntukan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Okt ini akan memacu agenda itu sepenuhnya, selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang dilancarkan pada tahun lepas. DPD bertujuan melahirkan murid berkemahiran digital yang mampu bersaing dalam era Revolusi Industri 4.0.
2. Aspek Kesihatan
Salah satu tumpuan belanjawan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah membina klinik-klinik kesihatan baru dan menangani isu kepadatan hospital kerajaan di seluruh negara.
3. Aspek Sara Hidup
a) Golongan B40, M40 dan T20
Rakyat Malaysia, terutama golongan B40 dan M40, menghadapi kesukaran ekonomi akibat kenaikan harga barangan asas dan kekurangan bekalan gula bersubsidi. Golongan M40 dan T20 juga tidak terlepas daripada kesan krisis ekonomi ini. Walaupun mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada golongan B40, mereka juga menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
b) Subsidi Bersasar
Salah satu langkah yang boleh diambil untuk memastikan pemberian subsidi kepada rakyat dilaksanakan secara bersasar adalah dengan menggunakan mekanisme pengenalan diri (ID) dalam pembelian minyak masak peket. Dengan cara ini, hanya golongan yang benar-benar memerlukan sahaja yang dapat menikmati subsidi tersebut. Kaedah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan subsidi oleh pihak yang tidak berhak.
Terdapat juga aspek-aspek lain yang difokuskan dan tetapi tidak disenaraikan diatas.
BACA JUGA : Jadual Bayaran STR Fasa 4 Telah Dikeluarkan
Proses Pembentangan Belanjawan
- Penyediaan Awal: Proses penyediaan bajet biasanya bermula beberapa bulan sebelum pembentangan bajet sebenar. Pihak kerajaan akan mengumpul maklumat ekonomi, kewangan, dan sosial terkini, serta berunding dengan pelbagai kementerian dan agensi mengenai keperluan mereka.
- Perbincangan Awal: Menteri Kewangan akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk perunding ekonomi, agensi kewangan, kementerian dan jabatan kerajaan, dan mungkin juga sektor swasta dan NGO untuk mendapatkan maklum balas dan input mengenai keadaan ekonomi dan kewangan negara.
- Penyediaan Bajet: Berdasarkan maklumat dan maklum balas yang diterima, kementerian kewangan akan menyusun bajet awal yang merangkumi peruntukan untuk setiap kementerian dan projek-projek kerajaan. Ini termasuk perbelanjaan pembangunan, operasi kerajaan, dan bantuan sosial.
- Pemeriksaan dan Persetujuan Kabinet: Bajet awal akan diperiksa dan diberi persetujuan oleh Kabinet Malaysia. Kabinet akan memastikan bahawa bajet tersebut selaras dengan matlamat dan dasar-dasar kerajaan serta mempunyai sokongan yang mencukupi.
- Pembentangan Bajet : Setelah bajet mendapat persetujuan Kabinet, Menteri Kewangan akan membentangkan bajet tersebut di Parlimen. Pembentangan bajet biasanya berlangsung dalam beberapa sesi di mana Menteri Kewangan akan memberikan butiran mengenai peruntukan bagi setiap kementerian dan program-program kerajaan.
- Debat dan Penyelidikan : Selepas pembentangan bajet, akan berlaku sesi debat di Parlimen di mana ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti politik akan memberikan pandangan dan soalan mengenai bajet tersebut. Pihak kerajaan akan memberikan jawapan dan penjelasan yang sewajarnya.
- Undian dan Kelulusan : Setelah sesi debat, bajet akan dikemukakan untuk diundi. Jika bajet itu diluluskan oleh majoriti undi di Parlimen, ia akan menjadi bajet rasmi bagi tahun tersebut.
- Pelaksanaan Bajet: Bajet yang telah diluluskan akan dilaksanakan sepanjang tahun kewangan. Kementerian dan agensi kerajaan akan menjalankan program-program yang dirancang mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.
- Pemantauan dan Penyemakan: Bajet akan dipantau sepanjang tahun dan akan disemak semula jika perlu. Jika terdapat perubahan dalam keadaan ekonomi atau keperluan mendesak lain, bajet boleh diubah.
- Laporan Bajet Tahunan: Menteri Kewangan akan menyampaikan laporan bajet tahunan kepada Parlimen pada hujung tahun kewangan untuk memberikan laporan tentang pelaksanaan bajet sepanjang tahun tersebut.
Tarikh Penting Pembentangan Belanjawan
10 Oktober 2023 : Bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024)
13 Oktober 2023 : Pembentangan Belanjawan 2024 bacaan kedua
16 – 26 Oktober 2023 : Perbahasan di peringkat dasar
6 – 27 November 2023 : Dibahas di peringkat jawatankuasa sebelum diluluskan Dewan Rakyat
Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2024
Siaran langsung bagi pembentangan belanjawan 2024 kali ini boleh disaksikan melalui pautan berikut pada 13 Oktober 2023, Pukul 4 Petang. Saksikan secara langsung di RTM Klik
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.