Pengumuman kerajaan mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan bagi Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun merupakan berita yang ditunggu-tunggu seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak sekian lama.
Mesyuarat jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 7 Ogos telah bersetuju;
Isi Kandungan
Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.
Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023 dan memberi manfaat kepada 41,970 Veteran Tidak Berpencen.
Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Apakah Bantuan Sara Hidup?
Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.
Artikel berkaitan : Semakan Status Bayaran STR Tambahan RM600 Bulan Ogos 2023
Syarat – Syarat Bantuan Sara Hidup
Laman portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM memaklumkan syarat-syarat bagi BSH adalah sebagaimana berikut;
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
* Tanpa mengira tempoh khidmat.
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Kadar Bantuan
- Kadar bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) ialah RM300 sebulan
Cara Permohonan
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Kenyataan Media
Info Lanjut dan Pertanyaan
Hubungi JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri
atau hubungi di talian 03-2050 8000
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.