Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Tahun 2023 Kini Dibenarkan

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menghalang usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melaksanakan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori.



Sokongan itu disuarakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir merasmikan International Social Wellbeing Conference (ISWC) di sebuah hotel di sini hari ini.

Pengeluaran KWSP Tahun 2023
Anwar ketika merasmikan aplikasi i-Akaun KWSP versi terbaharu di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan

Menurut Anwar, cadangan perlaksanaan pengeluaran KWSP kini diperingkat akhir dan ia bergantung kepada keupayaan KWSP selepas ini.

“Itu (cadangan pengeluaran KWSP) masih diperingkat akhir dan saya tidak keberatan dan bergantung kepada keupayaan KWSP.




“Namun seperti yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) terdapat beberapa kekangan terutamanya ada kalangan pencarum yang mempunyai simpanan yang kecil,” katanya.

Artikel Berkaitan :

Kategori Yang Layak Membuat Pengeluaran KWSP

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.

Menurut beliau, ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela dan ia dilihat mampu memberikan peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.




Jelasnya, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Terdahulu, pada majlis tersebut Anwar turut melancarkan versi baharu Aplikasi i-Akaun KWSP, yang menggabungkan ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Platform yang dinaik taraf ini menyediakan pelbagai fungsi bagi ahli melaksanakan transaksi berkaitan KWSP, termasuk kalkulator simpanan persaraan baharu bagi membantu ahli menilai kecukupan simpanan KWSP apabila bersara kelak.- KOSMO! ONLINE

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran sebahagian KWSP,  sila hubungi :


Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor

Leave a Comment