TERKINI : Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

e-Pengeluaran KWSP : Panduan & Syarat Permohonan

Pengeluaran secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun kini dibenarkan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan telah membenarkan untuk anda mengeluarkan duit dalam simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja masing-masing selepas didesak sekian lama.



Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Tujuan e-Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;




  1. Pengeluaran untuk membeli rumah
  2. Pengeluaran untuk membina rumah
  3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
  4. Rawatan perubatan
  5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
  6. Pengeluran untuk pendidikan

e-Pengeluaran KWSP



Baca Juga : Cara Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2023/ 2024

Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP

Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:

  1. Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  3. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  4. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.




Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP

e-Pengeluaran KWSP

2. Klik menu ‘Pengeluaran’

e-Pengeluaran KWSP

3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’



4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)

5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.

e-Pengeluaran KWSP

6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran



7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.

e-Pengeluaran KWSP

8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

e-Pengeluaran KWSP



Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Semoga bermanfaat!

Maklumat Lanjut e-Pengeluaran KWSP

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my




Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment